Lutfil : Fil tak suka la 1Malaysia
Aku : Kenapa??
Lutfil : Logo dia tak cantik...lagu dia pun ntah apa-apa...
Aku : Abis Fil suka apa?
Lutfil : Wawasan 2020...
Aku : Suka hati laaa...
Tuesday, April 26, 2011
Monday, April 25, 2011
Wardina Safiyah, Obesiti dan Nasik Lemak Kantin – Part 2
Ada cadangan agar ditempatkan seorang pakar pemakanan di sekolah sekolah. Antara tugas pakar pemakanan ni nanti ialah member nasihat kepada pengusaha-pengusaha kantin cara menyediakan menu yang sesuai untuk kesihatan murid. Selain itu, pakar ni nanti kena pantau tumbesaran murid-murid. Takde la terbeban di atas bahu guru.
Cadangan di atas tak salah. Bagi aku, masalah obesiti di kalangan budak-budak sekarang berkait rapat dengan cara hidup kita hari ni. Cara hidup kebanyakan kita yang perlu diubah. Bukan setakat pemakanan di sekolah.
Dulu, negara kita merupakan sebuah negara pertanian. Era 80an menyaksikan perubahan mendadak. Dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi industri diterajui mantan PM waktu itu, Tun Dr. Mahathir. Pelabur luar mula masuk. Bandar-bandar berkembang pesat. Generasi X mula berhijrah ke bandar. Peluang kerja sektor kolar putih dan kolar biru menjanjikan hidup yang lebih baik kononnya. Aku tak tahu apa benda kolar putih...kolar biru…yang aku tahu, kolar aku hitam, pasal berdaki.
Berhijrahlah secara beramai-ramai generasi X ke bandar, wujud kawasan-kawasan perumahan baru. Flat, pangsapuri, apartment, kondominium dan ntah apa jenis rumah lagi tumbuh menggila. Semua ini untuk menampung penghijrahan yang berlaku. Rata-rata penghijrah ini pekerja kolar putih dan kolar biru, yang pastinya kolar mereka hitam berdaki macam kolar aku.
Generasi X kebanyakannya membesar di kampung-kampung. Dari generasi X ini, lahirlah generasi Y…generasi alaf baru. Generasi yang lahir dan membesar di kawasan perumahan yang aku sebut tadi. Generasi yang sedang kecoh diperkatakan mengalami masalah obesiti.
Aku kasihan tengok generasi Y di bandar. Ruang untuk mereka bermain amat terhad. Waktu beriadah yang ada cuma waktu pendidikan jasmani di sekolah. Tak macam aku dulu, lepas balik sekolah aku boleh berlari-lari ke sana ke mari keliling kampong. Budak sekarang jangan buat hal. Kenderaan di bandar banyak sangat. Keselamatan tak terjamin. Itu belum ambil kira perogol, perompak, penyamun. Anak-anak ditegah dari keluar bermain. Duduklah mereka terperap di dalam rumah. Aktiviti indoor jadi pengisi masa lapang. Ditambah dengan padang permainan yang terhad.
Mak bapak pulak sibuk kerja. Ada masa time hujung minggu je. Bila ada masa free, mak bapak pulak tak bawak anak beriadah. Kebanyakannya aku perati, lebih suka bawak anak-anak ke shopping kompleks. Pegi tengok wayang, pegi window shopping. Makan kfc makan mcd. Memang la obesiti.
Anak-anak di Kampung Bantal, Ulu Tembeling sana, aku rasa takde alami masalah obesiti. Ini kerana, ruang untuk mereka bermain sangat luas dan selamat. Mereka masih riang bebas mandi sungai, meranduk semak, berlari di padang mengejar kerbau. Sekali-sekala mereka makan nasik lemak juga, baik di kantin sekolah mahupun di rumah.
Lagi satu, disebabkan kesibukan generasi X, mereka lebih bergantung kepada susu formula dalam membesarkan anak. Tak macam aku dulu, menetek sampai umur 6 tahun. Berhenti pasal masuk sekolah tadika. Campuran ntah apa-apa dalam susu formula menjadikan generasi Y yang montel-montel. Montel tidak semestinya sihat.
Aku harap lepas ni Wardina Safiyah boleh jadi model kempen susu badan pula...hah!!
Wednesday, April 20, 2011
Wardina Safiyah, Obesiti dan Nasik Lemak Kantin
Sejak Wardina Safiyah muncul sebagai selebriti, beliau tak pernah gagal menggamit tumpuan mata aku. Baik kemunculannya di tv atau media cetak. Dari zaman dia pakai skrit pendek sampailah sekarang dia dah pakai tudung dan beranak 2. Pasti aku berenti sekejap kalau nampak muka dia. Ntah apa yang menarik aku pun tak tahu. Yang terbaru aku nampak muka dia kat iklan susu Anmum. Dalam iklan tu ada cakap budak-budak tak perlukan gula tambahan. Pengeluar susu tepung akan guna perkataan glukosa la, sukrosa la, pepejal sirap jagung la dan macam-macam lagi. Semua tu sebenarnya nama lain bagi gula. Apa jadah bagi budak kecik sampai 13 sudu gula satu hari. Patut la budak-budak sekarang ramai yang gemuk-gemuk. Obesiti, perkataan kalau nak nampak cerdik.
Dulu masa aku kecik, jarang sangat aku jumpa dengan budak-budak gemuk. Masalah obesiti di kalangan budak-budak tak jadi agenda nasional time tu. Jadi masalah sekitar rumah je, itu pun pasal kawan-kawan ejek masa main. Kalau dapat ejek sampai lengit, lain macam dia punya seronok. Tapi sekarang isu obesiti dah jadi masalah negara. Dah ramai sangat budak-budak yang obes sekarang ni. Umur baru 10 tahun dah ada kencing manis...apa cerita???
Disebabkan obesiti di kalangan budak-budak dah jadi masalah negara, maka ia perlu ditangani. Ada sesuatu yang perlu "ditangankan". Perlu dijadikan scapegoat...kehkehkeh. Maka nasik lemak yang disalahkan. Nasi lemak kantin dikatakan jadi punca kepada masalah ini. Kandungan nasik lemak tak elok untuk tumbesaran kata cerdik pandir. Nasik lemak perlu dihalang dari dijual di kantin-kantin sekolah.
Aku tak setuju kalau nasik lemak diharamkan dijual di kantin sekolah. Tak kantin sekolah laa kalau takde nasik lemak. Apa punya bangang. Belum pernah ada kantin sekolah takde nasik lemak. Kandungan lemak dalam nasik lemak dikatakan penyumbang obesiti di kalangan kanak-kanak. Aku sekali lagi tak setuju. Peniaga-peniaga kantin, sama saje dengan peniaga yang lain. Sistem kapitalis telah mengajar mereka untuk mencari untung. Untuk mendapat keuntungan maksima, maka peniaga ini akan kurangkan santan dalam nasik lemak. Ikan bilis pun letak sikit je, kacang goreng ada la 5 ketul. Nasik lemak yang mak bapak budak-budak masak sendiri baru la berlemak...pasal nak buat makan sendiri. Lagi pun bukannya hari-hari budak-budak makan nasik lemak. Mesti dorang tukar-tukar menu. Sekali-sekala nak jugak rasa karipap inti angin, nasik ayam, mee kari, mee hoon goreng. Ada hari tak belanja langsung pasal tertinggal duit belanja, tak pun saja nak simpan duit nak buat beli mainan time balik sekolah nanti.
* nanti aku sambung lain...heh!!
Friday, April 15, 2011
Notebook Rosak dan Maybank Yang Babi
Lama aku tak update blog. Punca utama notebook Samsung aku rosak. Jenis tekan-tekan keyboard tak nak keluar huruf, jadah apa nak tulis tekan-tekan tak mahu keluar...nombor je yang ok. Hantar kedai nak repair, 400 hendaknya!! Celaka!!! Duit pulak tengah tak berapa nak boleh harap skrg ni. Ada hal-hal lain yg lebih penting untuk dibelanjakan...
Cakap pasal duit, semalam aku pegi Maybank. Duit dalam akaun tinggal ringgit-ringgit je. Memang dah tak boleh nak keluar guna kad ATM. Dengan berat hati aku terpaksa keluarkan duit ASB. Nak keluar duit ASB, kena melalui kaunter. Aku pun ambil nombor giliran. Dapat nombor 2025, aku tengok angka di kaunter 2009. Ada 2 kaunter je yg bukak. Maknanya kena tunggu 16 orang. Takpe, aku sabar. Duit dalam kocek ada 1.30 posen...hish.
Lebih setengah jam tunggu, turn aku pun sampai. Aku senyum ke awek kaunter sambil hulur buku ASB.
"Maaf la bang, hari ni urusan ASB tak boleh nak buat, ada 2 staff je hari ni..." awek kaunter cakap sambil tolak buku ASB aku.
"Babiiii...." aku menyumpah dalam hati. Aku ambil buku ASB dengan muka kelat sambil jalan laju-laju.
Nota kaki:
Aku tulis entry ni guna laptop Mat Nor. Itu hari Kedah banjir, rumah dia tenggelam sampai bumbung, kesian...nasib baik laptop dia kat Shah Alam masa tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)