30 September 2010
Bos-bos
Tempat Kerja Saya
Kuala Lumpur
Bos-bos,
MEMOHON KERUSI VAN YANG BOLEH ADJUST DAN TEMPAT SANDAR KEPALA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman bos-bos, baru-baru ini saya telah diarahkan ke Johor Bahru untuk satu tugasan. Hati saya sangat girang kerana dapat bertugas di luar kawasan (outstation cakap orang putihnya). Saya telah diberikan sebuah van dan seorang pemandu untuk tugasan tersebut. Van jenama Toyota itu kelihatan baru berdasarkan penampilan dirinya dan juga nombor pendaftaran. Hati saya bertambah girang.
3. Sebagai incas, saya diberi keutamaan duduk di sebelah pemandu. Hati saya bertambah girang lagi sekali. Setelah pemandu start enjin dan masuk gear satu, kami pun bergerak ke Johot Bahru. Perjalanan sangat lancar sambil dihiburkan dengan lagu-lagu terkini dari radio yang terdapat di dalam van tersebut. Van baru, radionya pun baru lah juga. Girang lagi sekali hati saya.
4. Setelah hampir setengah jam, girang di hati saya pun mulalah menyusut. Saya pun cuba nak rilek-rilek duduk bersandar. Tangan saya pun mencari tempat adjust seat di belah kiri dan kanan. Cilaka, puas saya cari tapi tak jumpa. Saya pun bertanyakan perihal tersebut kepada pemandu. Berikut adalah perbualan kami :
Saya : Kerusi van ni tak boleh adjust ke??
Pemandu : Tak boleh bang, van yang baru semua tak boleh...
Saya : Laa...kenapa?
Pemandu : Van lama boleh, sebab kita suruh bengkel tukar seat...van baru kerusi pemandu je boleh adjust...
Saya : Kerusi van ni tak boleh adjust ke??
Pemandu : Tak boleh bang, van yang baru semua tak boleh...
Saya : Laa...kenapa?
Pemandu : Van lama boleh, sebab kita suruh bengkel tukar seat...van baru kerusi pemandu je boleh adjust...
Saya : Kenapa macam tu??
Pemandu : Bos-bos tak kasi tukar...
Saya : Cilaka...abis aku kena duduk tegak je la 4-5 jam ni...??
Pemandu : Tu la bang...saya kesian juga, orang belakang lagi kesian...tempat sandar kepala pun takde!!
Pemandu : Tu la bang...saya kesian juga, orang belakang lagi kesian...tempat sandar kepala pun takde!!
5. Untuk pengetahuan bos-bos, saya dan juga semua kakitangan bawahan ini bukanlah patung cendana, patung Buddha ataupun pengamal ilmu batin dan persilatan. Yoga juga tidak kami praktikkan disebabkan itu hari ulamak kata yoga bole memesongkan akidah umat Islam. Kami tidak mampu duduk secara tegak di dalam van 4-5 jam. Nasib baiklah kami hanya diarahkan ke Johor Bahru. Tak dapat saya bayangkan keadaan kami kalau diarahkan naik van pergi ke negara Bhutan di Himalaya sana. Hishh...pasti siksa!!! Mintak simpang....
6. Di sini saya ingin memohon seat van yang boleh adjust dan tempat sandar kepala di dalan semua kenderaan syarikat. Kasihan saya tengok kakitangan di bawah kendalian saya terlentuk-lentuk kepalanya waktu tidur dalam perjalanan. Macam mana nak bekerja kalau tengkuk dan pinggang sakit disebabkan keadaan tempat duduk di dalam van yang sedemikian rupa. Buat pengetahuan bos-bos juga, dalam perjalanan ke Johor Bahru tersebut, kami terpaksa berhenti rehat di RnR Pagoh untuk membuat regangan badan bagi membetulkan urat-urat tengkuk dan pinggang yang sakit. Aktiviti senamam seperti lompat bintang dan senaman kucing telah kami lakukan agar kekal cergas.
7. Diharap bos-bos dapat pertimbangkan permohonan ini. Saya bukannya mintak Perdana V6 sorang satu, cuma mintak tukar seat van je. Diharapkan permohonan sekecil ini dapat perhatian dari bos-bos. Kalau hal kecik ini pun bos-bos tak boleh settle, hal-hal yang besar tak tahu la macam mana...
Sekian, terima kasih.
1 MALAYSIA
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Saya yang menurut perintah,
Saya yang menurut perintah,
Pekerja Marhaen