Tuesday, July 27, 2010

Cerpenakal (Cerita Pendek Akal) - 2

"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna".  Ya, itu yg dialami oleh Pak Daniel sekarang ni.  Menyesal buat keputusan jalan kaki pegi kedai.   Dah separuh jalan baru dia berasa letih.  Panas terik pulak tu.  Dia menyumpah seranah dirinya sendiri.  Namum dia tak mahu berpatah balik.  Malu ke Lokman Nurhakim je nanti...anak jiran sebelah yg melopong mulutnya takkala melihat dia buat summersault.  Kalau patah balik, hilang la imej hero yg berjaya dia tonjolkan tadi.

++++
Lokman Nurhakim tersedar dari lopongannya. Bukan selalu dia dapat tengok orang buat summersault.  Malah ini yang first time beliau tengok secara live, selebihnya tengok di tv je.  Yang membuat tahap terlopong Lokman Nurhakin ke paras maksima, bila mana yang membuat summersault itu adalah Pakcik Daniel.  Jiran sebelah yang dah berumur hampir 60 tahun.

Bergegas Lokman Nurhakim yang berumur budak darjah 3 itu masuk ke dalam rumah meluru ke bilik air ambil air sembahyang.  Keluar bilik air basah kuyup bajunya. 

"Nak ke mana pulak tu?" tegur ibu Lokman Nurhakim, Hasnah Johari.
"Tak de ke mana-mana la mak...nak sembahyang zohor ni" tulus jawapan Lokman Nurhakim sambil berjalan laju-laju masuk ke biliknya...waktu zohor lagi 5 minit baru nak masuk.

Tak kala mendengar  jawapan itu, Hasnah Johari terus sujud syukur di tengah dapur walaupun masih berkemban baru lepas goreng ikan kembung.  Girang benar dia mendengar jawapan anak bongsunya itu.  Selama ini, jangankan suruh sembahyang...suruh makan nasik pun susah Lokman Nurhakim nak patuh.  Hasnah Johari fikir Lokman Nurhakim dah dapat hidayah.  Pada hal Lokman Nurhakim menyangkakan hari dah nak kiamat bila tengok aksi summersault Pakcik Daniel tadi...

++++

Pakcik Daniel berpeluh-peluh berjalan kaki.  Baru 1 kilometer.  Lagi 1 kilometer nak menyampai ke kedai runcit.  Jersey Manchester United tak ori yang dibeli di pasar malam dah basah lencun.  Di belakang jersey tertera jelas nama Cantona dengan nombor 7.  Walaupun ada pendapat ulamak kata pakai jersey MU boleh merosakkan akidah, Pakcik Daniel tak peduli.  Dari kecik MU jadi kelab bolasepak yang paling dia minat.  Apa jadah pakai jersey pun boleh terpesong akidah.  Pakcik Daniel tak paham langsung.  Banyak lagi benda-benda lain yang sepatutnya ulamak pikir.  Kadang-kadang pergi berjemaah malam pun jersey itu yang beliau pakai.  Pak Iman kampung tak pernah pulak tegur...

Langkah Pakcik Daniel bertambah perlahan.  Tengahari waktu nak masuk zohor memang lain macam dia punya panas.  Ditambah dengan bahang aspal, kepanasan jadi berganda.  Jalan kampung yang berturap aspal tu pun bukanlah elok sangat keadaannya. Dah berlubang-lubang.  Ada yang 1 kaki dalamnya.  Jalan kaki baru Pakcik Daniel perasan.  Selama ni, naik motorsikal dia tak perasan semua tu...

"Celaka punya wakil rakyat, tak lama lagi PRU 13, jangan harap aku nak pangkah lagi sekali!!!  Sebelum PRU 12 itu hari, macam-macam janji engkau tabur.  Jalan kampung ni pun tak berepair lagi. Rupanya hanya menanam tebu di tepi bibir.  Keji!!!" ngomel Pakcik Daniel dalam hati.  Marah betul dia.  Tangan kirinya masih korek telinga guna kunci motosikal...

4 comments:

  1. Betul la Pak Daniel nie pendek akal.... dah 12 kali PRU dan kalau ikutkan perkiraan aku, tak kurang 7 kali dia ada pengalaman memangkah PRU.... tapi masih tak sedar2 lagi ker yg org2 politik tu memang kerja diorang tu buat janji2 manis macam menanam tebu di tepi bibir.... tp tak pe aku maafkan Pak Daniel sebab Melayu memang mudah lupa...... nasib baik aku anak jawa.......! :-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. gua pun jawa
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  3. aku tak tahu la pulak ada jawa peranakan..... apa beza jawa peranakan nie dgn jawa sejati ....? aku memang anak JAWA tulen sejati 100%....... mak aku jawa, bapak aku pun jawa.... embah2, wak2, paman2, bibik2 belah mak & belah bapak aku semua nyer JAWA....... hidup JAWA.......! tapi aku jer kawin dgn org negori.... kesian anak2 aku tak dapat title anak JAWA sejati macam aku.... :-aLCapone-

    ReplyDelete
  4. ORG MELAYU CAKAP "LIPAT KAJANG" SUMMERSAULT TU..kecik2 dulu wa terrer summersault dalam sungai fuyoooooo punya lah meriah...UBI

    ReplyDelete