Thursday, May 24, 2012

Pendidikan Seni

Semalam.

Lutfil :  Seni dapat B la...
Aku  :  Ok la tu...

Teringat malam sebelum Lutfil periksa pendidikan seni.  Nak buat arca dari bahan terbuang katanya.  Aku ajar.  Ambik botol air mineral, potong atas.  Lepas tu gunting atas botol jadi lima bahagian, macam jari.  Ambil surat khabar keronyok bagi bulat.  Siap.  Nampak macam tangan pegang bola.  Tulis "World Cup 2022, Malaysia", arca ni nanti boleh letak depan stadium time Malaysia jadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Aku nak jual arca tu ke FAM dalam RM10 juta.  Masih murah kalau nak dibandingkan dengan karya Jackson Pollock.

File:No. 5, 1948.jpg
No. 5 (1948), abstrak Jackson Pollock ni dijual dengan harga USD140 juta tahun 2006. Heh!!

Friday, May 18, 2012

Iqra'

Sekarang aku tengah baca buku tajuk Lahirnya Seorang Jutawan.  Tulisan Azizi Ali. Buku tu aku jumpa waktu kemas-kemas opis.  Budak opis nak buang.  Aku ambil bawak balik.  Buku tu elok lagi, sayang kalau dibuang sementelah aku kurang baca buku tahun ni.

Membaca buku dengan membaca di internet feel dia lain.  Walaupun membaca di internet free, tapi aku prefer membaca buku.  Boleh baring golek-golek atau sambil berak. Tapi yang buat palat, buku-buku yang power, semua mahal harganya.  Aku telan air liur tiap kali pegi kedai buku, jumpa buku power tapi bila tengok harga main ratus-ratus.

Dalam pada berkira-kira pasal harga, tahun ni sempat juga aku beli 3 buah buku.  Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia, Mustapha Kamal Artartuk dan Laksamana Cheng Ho.

Buku ini mengisahkan bagaimana pasukan Malaysia  berjaya tidak  layak dalam beberapa percubaan untuk ke Piala Dunia.  Tahniah FAM.
Ikut kata buku, Mustafa Kamal Artartuk keturunan Yahudi Damamah - Yahudi yang pura-pura masuk Islam  sewaktu   Empayar Uthmaniyah menakluk Turki.  Masuk Islam sebab takut dengan pemerintah tapi mengamalkan cara hidup Yahudi.
Berbangsa Hui dan beragaman Islam di Yunan, Cheng Ho atau Zheng He ditangkap oleh tentera Dinasti Ming sewaktu masih budak.  Dikasi dan dijadikan sida-sida di istana.  Walaupun tidak sempurna sebagai lelaki, tetap berani menjelajah dunia.
+++

Siapa ada buku power-power nak sedekah, sila bagi tau.

Thursday, May 10, 2012

Nasihat untuk Adik Nazmi Faiz Mansur 2.0


Ucapan tahniah buat Adik Nazmi sebab kena panggil dengan kelab dari Portugal, S.C. Beira Mar untuk ujian.  Adik Nazmi main la bersungguh-sungguh biar sampai kena pilih.  Abang perati, gaya David Silva dah ada sikit-sikit.  Lupakan dulu bola sepak di Malaysia ni.  Mutu bolasepak Portugal jauh lebih baik, pemain-pemain di sana pun amat jarang menyepak bola ikut arah telor abang perati.  
Sport Club Beira Mar

Nanti kalau dah selalu training dengan orang-orang terer, baru la boleh tambah mutu permainan.  Duduk Malaysia training dengan Fakri Shaarani apa dapat??  Dulu masa abang baya-baya Adik Nazmi, kalau boleh hari-hari abang nak main bola.  Tapi FAM ntah apa dia punya bangang, itu hari abang baca surat khabar, nak kurangkan jumlah perlawanan.  Nanti pemain penat kata orang FAM.  Bangang betul orang di FAM tu. Abang harap Adik Nazmi jangan ikutkan sangat cakap FAM, bawak melingkup je nanti.

Lagi satu abang nak pesan, berhati-hati kalau main bola di Liga Portugal.  Selain dari pemain dia power-power, ada seorang superhero main di sana.  Hulk namanya.  Kalau si Hulk ni bawak bola, janganlah ditackle...biarkan aje.  Takut dia marah dan bertukar menjadi hijau...punah stadium diamuknya nanti.

Abang harap Adik Nazmi terus sukses.  Muah muah!!


Wednesday, May 9, 2012

Kucing 2.0


"Kesian Garfield takde makwe" kata Alia.
"Biarlah..dia kecik lagi.." aku balas.
"Kawan-kawan dia semua ada makwe.."tambah Alia.
"Kalau macam tu, lepas kan la Garfield kat luar...lagi pun dia OKU, bukan larat nak kejar makwe!!" jawab aku keras.

Hal-hal berpacaran ni aku kena bertegas sikit.

Dalam perkembangan lain, setelah hampir sebulan Garfield di bawah kendalian Alia dan 3 kali pegi ke klinik veterinar, keadaan beliau makin sembuh.

Makanan jenama ProDiet, minum air bertapis dan penjagaan penuh kasih sayang ikhlas dari Alia, buat Garfield semakin cergas.  Dulu masa baru lepas eksiden, aku tengok Garfield dah macam putus asa nak teruskan hidup atas dunia ni.  Sekarang, siap bernyanyi-nyanyi kecil selepas makan.