Friday, February 24, 2012

Terukir Di Bintang

Bagi aku lagu ni power.  Dia punya power sampai bila aku driving, radio main lagu ni, aku boleh sing along nyanyi kuat-kuat.

Tadi aku makan kat Pizza Hut dengan Alia dan Lutfil.  Dia punya service boleh tahan lembab.  Aku dah nyanyi lagu Yuna dalam hati banyak kali tapi order tak sampai-sampai.

Bila ada pelayan lalu, aku terus la tanya.

"Dik, order tadi belum sampai lagi ni" tegas aku tanya.
"Sekejap ye uncle" jawab adik pelayan tanpa rasa bersalah dan terus berlalu.
"Haha...Uncle!!" Alia ketawakan aku.

Perghh kena panggil uncle!!!  Umur masih 30an dan badan masih power dipanggil uncle...sia-sia aku layan lagu Yuna.  Aku rasa nak balik cepat bersiap-siap pergi ke masjid.

Tragedi Hitam di Twin Towers


Hampir waktu lunch,
Tahun 2000,
Tingkat 36, Menara 2, Petronas Twin Towers

Telefon di depan aku berdering.  Aku segera angkat.  "Hello" kedengaran suara seorang brader di sebelah sana.  Suaranya seakan suara Mamat.  Mamat kawan aku masa di ITM.  Ghapla jingga punya kaki.  Orang Behor Latih, Perlis.  Memang aku bergurau kasar kalau dengan dia.

Aku                           :  Haa barua!! Hang mau apa??
Brader Dalam Talian  :  Apa kau cakap??!!!

Ayat "Apa kau cakap??!!!" baru aku perasan rupanya bukan Mamat yang call.  Cilakak betul.  Puas jugalah aku beri alasan kat Brader Dalam Talian tu.  Rupanya dia ekekutif di Petronas Dagangan Bhd.  Banyak jugalah dia sekolahkan aku perihal etika menjawab telefon. Aku iyakan aje pasal memang aku salah.  Dia punya rasa bersalah lebih tinggi dari bangunan tertinggi di dunia yang aku tengah duduk.  Hilang mood nak pegi lunch hari tu.  Memang betul punya padan muka.

+++

Hujung tahun 1999 sampai Ogos 2000 aku kerja di Unit Tenant Services, KLCC Urusharta Sdn. Bhd.  Menguruskan menara tongkol jagung 2 batang.  Segala masalah penduduk di menara tongkol jagung 2 batang aku kena handle.

Monday, February 20, 2012

Kakak Angkat

Alia ada adik angkat.  Anak jiran.  Budak perempuan darjah 4. 

Dulu, masa aku sekolah, mempunyai kakak atau adik angkat adalah sangat mengada aku rasa.  Entah siapa yang pandai-pandai cipta konsep "angkat-angkat" ni.  Pernah, masa tingkatan 1 di Semesra, seorang kakak tingkatan 4 panggil aku nak jadikan adik angkat.

Kakak tingkatan 4   :   Akak nak jadikan awak adik angkat boleh?
Aku                        :    Takpelah kak...saya dah ada 2 orang kakak kandung...cukuplah tu...

Aku blah meninggalkan kakak tingkatan 4 sendirian di kelasnya.

Tindakan yang buat aku menyesal hingga kini.  Sebab, sekitar tahun 2005 aku ada terserempak dengan Kakak Tingkatan 4 di Kuchai Lama.  Dia memandu BMW 5 series, seksi dan kelihatan masih solo.  Kalau aku jadi adik angkat dia dulu...paling tidak boleh pinjam BMW kehkeh.

Saturday, February 11, 2012

Azam 2012

Setelah beberapa tahun tak ada azam, aku dah jumpa azam untuk 2012.  Aku rasa belum terlambat untuk pasang azam.  Semuanya kerana ini.

Daripada aku merepek di Goblog dan buang masa di fb, baik aku cuba.  Untung nasib boleh juga buat modal tunggang ilama ke Machu Picchu nun di Peru atau paling tidak ke Pulau Belitong.  Wish me luck!!

Tuesday, February 7, 2012

Maulidur Rasul

Hari Ahad lepas ada sambutan Maulidur Rasul.  Aku terjoin setelah sekian lama tak join.  Last join zaman sekolah-sekolah dulu.  Duduk asrama memang tak boleh lari.  Bila dah habis sekolah, cuti Maulidur Rasul banyak aku habiskan ke melepak. 

Umat Melayu Islam Pasca DEB dan Islam Hadhari menyambut Birthday Rasullullah dengan berarak bawak sepanduk dan ada hadiah di akhir perarakan.  Selain itu turut diadakan ucapan pemimpin berbaur politik, nasyid-nasyid dan diakhirnya makan mee hoon goreng dan air teh...ohh ya, kuih karipap juga ada.

Seperti sambutan-sambutan yang lain, macam sambutan tahun baru dan ambang merdeka, usai acara, padang tempat sambutan penuh sampah.  Islam suruh jaga kebersihan kan...??  Perlu ke berarak sambil bawak sepanduk?

Maafkan aku ya Rasullullah...ampunkan aku ya Allah...

pergh...pink kaler

manis akak-akak ni pakai baju sama...kehkeh!!