Aku pegi Pulau Banggi, Kudat, Sabah tahun 2004 rasanya. Pulau Banggi pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit. Situ ada Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rumah Rehat, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk. Anggaran keseluruhan penduduk Pulau Banggi cuma 20,000 orang.
|
Pulau Banggi atas sekali. |
Aku duduk rumah rehat di Pekan Kerakit. Mandi air perigi. Masa aku pegi dulu, Pulau Banggi memang ketinggalan dari segi pembangunan. Aku harap sangat Pulau Banggi kekal begitu...tenang.
Aku sempat berborak dengan seorang brader polis di Pulau Banggi.
"Dah 6 bulan aku kerja sini, boring betul!! Baru ada 2 kes...itu pun kes hilang ic..." brader polis mengeluh. Dia pakai t-shirt hitam, seluar jean lipat paras lutut, selipar jepun sambil galas M16 duduk termenung di jeti Karakit. Mulanya aku ingatkan lanun.
|
Rumah tradisional masyarakat Bonggi |
|
Brader Bonggi |
|
Macam sekolah cerita Laskar Pelangi. |
Masa aku pergi dulu, aku tak jumpa kereta di Pulau Banggi. Dengar cerita, sekolah dia semua pakai solar. Air paip pun tak ada. Terbaru aku dengar, FELCRA dah masuk Pulau Banggi...tanam getah besar-besaran. Aku geleng kepala 5 kali tanda tak patut...heh!!!