Thursday, February 24, 2011

Membaca jambatan ilmu...apa kejadahnya??!!!

Aku galakkan anak-anak aku dan anak-anak buah membaca.  Surat khabar umpamanya.  Sering aku tegaskan kepada mereka, baca surat khabar kita akan dapat tahu apa yang berlaku.  Baik dalam mahupun luar negara.  Lagipun surat khabar mudah dan murah.

Tapi itu cerita sebelum insiden ini...

++++

Petang selasa itu hari, balik dari sekolah...Amsyar anak buah aku yang baru darjah 4 baca surat khabar.

Amsyar  :  Lubang dubur tu apa?
Lutfil      :  Bontot laa...
Amsyar  :  Liwat?
Alia        :  Dia macam rogol jugak...tapi lelaki sama lelaki...
Amsyar  :  Hisshhh...

++++

Ilmu jadah apa yang budak-budak ni dapat??? Cuba kasi tahu dengan aku.  Aku nak salahkan sape sekarang???  Wartawan??  Editor surat khabar??? Kerajaan??? Anuar??  Barisan??? Diri sendiri???  Aku rasa nak lari jauh-jauh bawak dorang duduk dalam hutan...boleh tengok babi.

Wednesday, February 9, 2011

For Those About To Rock, We Salute You - AC/DC

Gambar di sebelah ialah adik aku yang paling bongsu. Dia seorang rocker yang tegar. Cara berpakaian dan cara posing dah cukup menggambarkan minatnya dalam bidang rock.  Umur dalam 23 tahun.  Dalam usia begini aku tahu jiwa mudanya ingin bebas.  Ingin ke sana ke mari dengan kawan-kawan.  Ingin usha-usha makwe mana-mana yang patut.  Ingin lepak-lepak sampai dinihari...dan macam-macam lagi keinginan anak muda sebaya dia.

Tapi baru-baru ini adik aku buat keputusan duduk di kampung.  Dia tinggalkan dunia rocknya.  Dia ketepikan kelulusan dalam bidang multimedia.  Dia  ketepikan dulu cita-cita untuk berkerjaya.  Dia buat keputusan untuk jaga abah dan mak.  Abah aku disahkan sakit buah pinggang sejak bulan Oktober itu hari.  Kena buat dialisis 3 kali seminggu.  Setelah bosan duduk di rumah anak-anak, mak dan abah aku buat keputusan nak balik duduk di kampung. 

"Duduk rumah sendiri lebih selesa" kata mak. Dari rumah aku nak ke pusat dialisis di Kuala Lipis dalam 56km.  Abah aku memang dah tak larat nak bawak kereta.  Sekarang tugas menjaga mak dan abah tertanggung di atas bahu si rockers ini.  Aku percaya, tugas menjaga kedua ibu bapa adalah PALING ROCK di alam maya ini!!! Tak ramai yang mampu sebenarnya...

* pernah menganggotai Novelty sebagai pemain bass...Kau Sialan...kehkeh