Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya Goblog wujud di alam cyber. Tak ada tujuan khusus tentang kewujudan Goblog. Sekadar tempat aku cerita-cerita dan mencurah rasa. Ceritanyanya pulak banyak pasal aku dan perkara-perkara yang berlaku sekitar aku. Perkara-perkara kecil yang terjadi pada diri. Takde impak kepada ekonomi. Jauh sekali mengganggu gugat keselamatan negara. Kalau nak baca benda-benda berat, Goblog bukan tempatnya...nak makan nasik pun kadang-kadang aku malas, inikan pulak aku nak tulis benda-benda yang kena pikir sampai berkerut dahi...pegi jahanam!!
Selamat hari jadi!!!
Thursday, January 27, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Don't Judge A Book By It's Cover...
Tadi pagi tengah aku tergopoh-gapah dengan pakai kot dan tie ada sekumpulan kakak-kakak jalan depan aku. Aku gelar dorang kakak-kakak pasal pakaian dorang memang tak ikut trend semasa. Masing-masing berbaju kurung jenis tak ikut potongan badan. Mungkin sebab potongan badan dorang jenis takde potongan. Tudung pulak jenis macam tudung budak sekolah, bukan jenis tudung Ariani yang keras di dahi lembut di kepala. Masing-masing jenis pergi opis pakai selipar. Memang tak bergaya langsung. Di tangan masing-masing menjenjet beg plastik. Sahih dalam ada nasi lemak, tak pun mee hoon goreng ada telur mata jenis nak makan dalam opis. Air pulak bancuh sendiri kat opis. Tipikal pejabat kerajaan waktu pagi. Heh!!!
Sebab aku dalam keadaan tergopoh-gapah, secara auto aku jalan laju-laju. Aku pun potong belah kanan tanpa beri signal kakak-kakak tadi. Sambil potong aku terdengar perbualan kakak-kakak tu :
Kakak 1 : ...tapi saya lebih minat Britney Spears...
Kakak 2 : Lady Gaga seksi sangat la..
Gampang!!! Aku menyumpah dalam hati. Dalam hal ni aku salahkan majalah Mangga sama URTV...aku harap KDN boleh revise balik lesen majalah hiburan...heh!!!
Sebab aku dalam keadaan tergopoh-gapah, secara auto aku jalan laju-laju. Aku pun potong belah kanan tanpa beri signal kakak-kakak tadi. Sambil potong aku terdengar perbualan kakak-kakak tu :
Kakak 1 : ...tapi saya lebih minat Britney Spears...
Kakak 2 : Lady Gaga seksi sangat la..
Gampang!!! Aku menyumpah dalam hati. Dalam hal ni aku salahkan majalah Mangga sama URTV...aku harap KDN boleh revise balik lesen majalah hiburan...heh!!!
Thursday, January 13, 2011
Cinta...Sebuah Kisah Tentang Kasih (Part 2)
Semalam aku teman Alia buat kerja sekolah. Sambil buat kerja sekolah kami berborak.
Alia : Pa, Untie XXXX ok?
Aku : Ok la
Aku : Tak elok la pegi jumpa selalu....
Alia : Apa nak jadi...apa nak jadi...sampai sekarang tak kawin lagi...apaaaa nak jadiiiii...
Alia : Pa, Untie XXXX ok?
Aku : Ok
Alia : Apa yang ok?Aku : Ok la
Alia : Papa tak pergi jumpa dia pun...?
Aku : Ishh...mana bole jumpa selalu-selalu
Alia : Papa...kalau nak ngorat kena la cepat...kena la pegi jumpa...Aku : Tak elok la pegi jumpa selalu....
Aku bagi alasan paling logik sambil buat muka ustaz-ustaz.
Aku : Mana Alia tau lagu SM Salim tu?
Alia : Dengar kat radioo...Aku senyum tapi dalam hati rasa nak tendang kucing. Radio memang tak sesuai untuk kanak-kanak. Heh!!!
Sunday, January 9, 2011
2011 - Semuanya tentang Alia, Lutfil dan Abah
Tahun 2011 aku nak concentrate kat 3 orang ini. Alia, Lutfil dan Abah. Selama ni aku mungkin tak berapa ambil berat walaupun sayang ya amat sangat. Aku nak cari sebuah rumah. Aku nak jaga. Biar tanggungjawab menjaga mereka aku ambil sepenuhnya. Takde nak menumpang orang lagi. Rumah, Insyaalalh, menjelang Februari aku dapat duduk. Biarlah jauh sikit aku berulang ke tempat kerja. Hal-hal lain aku malas nak ambil kira. Aku harap abah sudi duduk dengan aku.
Tapi kalau ada bini tolong buat kopi pagi-pagi, sedap juga...kehkehkeh
Subscribe to:
Posts (Atom)