Tuesday, July 27, 2010

Cerpenakal (Cerita Pendek Akal) - 2

"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna".  Ya, itu yg dialami oleh Pak Daniel sekarang ni.  Menyesal buat keputusan jalan kaki pegi kedai.   Dah separuh jalan baru dia berasa letih.  Panas terik pulak tu.  Dia menyumpah seranah dirinya sendiri.  Namum dia tak mahu berpatah balik.  Malu ke Lokman Nurhakim je nanti...anak jiran sebelah yg melopong mulutnya takkala melihat dia buat summersault.  Kalau patah balik, hilang la imej hero yg berjaya dia tonjolkan tadi.

++++
Lokman Nurhakim tersedar dari lopongannya. Bukan selalu dia dapat tengok orang buat summersault.  Malah ini yang first time beliau tengok secara live, selebihnya tengok di tv je.  Yang membuat tahap terlopong Lokman Nurhakin ke paras maksima, bila mana yang membuat summersault itu adalah Pakcik Daniel.  Jiran sebelah yang dah berumur hampir 60 tahun.

Bergegas Lokman Nurhakim yang berumur budak darjah 3 itu masuk ke dalam rumah meluru ke bilik air ambil air sembahyang.  Keluar bilik air basah kuyup bajunya. 

"Nak ke mana pulak tu?" tegur ibu Lokman Nurhakim, Hasnah Johari.
"Tak de ke mana-mana la mak...nak sembahyang zohor ni" tulus jawapan Lokman Nurhakim sambil berjalan laju-laju masuk ke biliknya...waktu zohor lagi 5 minit baru nak masuk.

Tak kala mendengar  jawapan itu, Hasnah Johari terus sujud syukur di tengah dapur walaupun masih berkemban baru lepas goreng ikan kembung.  Girang benar dia mendengar jawapan anak bongsunya itu.  Selama ini, jangankan suruh sembahyang...suruh makan nasik pun susah Lokman Nurhakim nak patuh.  Hasnah Johari fikir Lokman Nurhakim dah dapat hidayah.  Pada hal Lokman Nurhakim menyangkakan hari dah nak kiamat bila tengok aksi summersault Pakcik Daniel tadi...

++++

Pakcik Daniel berpeluh-peluh berjalan kaki.  Baru 1 kilometer.  Lagi 1 kilometer nak menyampai ke kedai runcit.  Jersey Manchester United tak ori yang dibeli di pasar malam dah basah lencun.  Di belakang jersey tertera jelas nama Cantona dengan nombor 7.  Walaupun ada pendapat ulamak kata pakai jersey MU boleh merosakkan akidah, Pakcik Daniel tak peduli.  Dari kecik MU jadi kelab bolasepak yang paling dia minat.  Apa jadah pakai jersey pun boleh terpesong akidah.  Pakcik Daniel tak paham langsung.  Banyak lagi benda-benda lain yang sepatutnya ulamak pikir.  Kadang-kadang pergi berjemaah malam pun jersey itu yang beliau pakai.  Pak Iman kampung tak pernah pulak tegur...

Langkah Pakcik Daniel bertambah perlahan.  Tengahari waktu nak masuk zohor memang lain macam dia punya panas.  Ditambah dengan bahang aspal, kepanasan jadi berganda.  Jalan kampung yang berturap aspal tu pun bukanlah elok sangat keadaannya. Dah berlubang-lubang.  Ada yang 1 kaki dalamnya.  Jalan kaki baru Pakcik Daniel perasan.  Selama ni, naik motorsikal dia tak perasan semua tu...

"Celaka punya wakil rakyat, tak lama lagi PRU 13, jangan harap aku nak pangkah lagi sekali!!!  Sebelum PRU 12 itu hari, macam-macam janji engkau tabur.  Jalan kampung ni pun tak berepair lagi. Rupanya hanya menanam tebu di tepi bibir.  Keji!!!" ngomel Pakcik Daniel dalam hati.  Marah betul dia.  Tangan kirinya masih korek telinga guna kunci motosikal...

Friday, July 23, 2010

Cerpenakal (Cerita Pendek Akal)

Pakcik Daniel termenung di serambi rumah.  Macam tak kena pula dia yang dah berumur lewat 50an bernama Daniel.  Tak macam budak-budak kecik yang berlambak nama Daniel sekarang ni.  Ntah apa yang special nama Daniel, sampaikan mak bapak sekarang berebut-rebut nak bagi nama anak Daniel, Pakcik Daniel sendiri pun tak tahu.  

Tapi bukan isu nama Daniel yang Pakcik Daniel menungkan.  Juga bukan sebab dimarahi isterinya pasal leka main PS hingga dinihari sampai tak bangun tido pegi menoreh.  Marah isterinya tak beri kesan langsung kepada hidup seharian Pakcik Daniel.  Pakcik Daniel menungkan isu yang lebih besar.  Isu negara.  Isu harga.  Isu minyak...isu gula.

Dah dekat seminggu Pakcik Daniel togok air kosong je, nak boikot kenaikan harga gula katanya.  Dah naik kelat tekak.  Badan pun lesu pasal kandungan gula dlm badan dah kurang.  Nak menoreh pun dah naik malas.  "Leceh juga" getusnya dalam hati.  Ndak tak ndak, gula kena juga...baru la ada tenaga.  Ahhh ikutkan hati Pakcik Daniel, dia nak proses sendiri je tebu yang ada dua tiga rumpun belakang rumah buat gula.  Tapi bila mengenangkan yang dirinya hanya sekolah sampai tingakatan 1, itupun asyik ponteng...Pakcik Daniel simpan hasrat nak buat gula sendiri dalam lubuk hatinya yg paling dalam.  

"Kalau dulu aku rajin belajar sampai masuk sekolah vokasional, aku mesti tahu buat gula sendiri.  Takde la nak mengharapkan Robert Kuok je..." Pakcik Daniel berkata kepada dirinya sendiri. Tahu juga beliau berkenaan Robert Kuok, si tokey gula yang tiap tahun tersenarai dalam top 10 orang kaya Malaysia.

"Bang, pegi la beli gula!! Awak juga yg asyik komplen minum tak sedap, makan tak rasa!!" Makcik Marlia Qaisara melolong dari dapur.  Tak sesuai langsung perangainya itu dengan namanya yang moden.

Menung Pakcik Daniel terpotong dengan lolongan isterinya itu.  Beliau bingkas bangun.  Diambilnya kunci motosikal di belebas belakang pintu.  Sebaik menggenggam kunci motosikal, Pakcik Daniel terfikirkan sesuatu yang drastik.  Semangatnya memuncak.   Tak malas macam selalu.  Dia berjalan pantas menuju ke tangga.   Beliau turun ke tanah tak macam selalu-selalu.  Sebaliknya beliau membuat satu summersault.  Terus jejak ke bumi, tak payah guna tangga.  Lokman Nurhakim, anak jiran sebelah yang baru balik sekolah, jenis malas tukar baju terus main pasir, melopong melihat aksi lincah Pakcik Daniel.  Pakcik Daniel pandang ke arah Lokman Nurhakim sambil angkat-angkat kening.  Beliau bangga.

Pakcik Daniel berjalan pantas melewati motosikalnya yang diparking bawah pokok mangga.  Pakcik Daniel nekad.  Sesuatu yang drastik difikirkannya tadi mesti dilakukan.  Walau tengahari itu panas terik, dia nekad.  Dia nak jalan kaki pegi kedai. Jimat minyak....minyak dah mahal.  Pakcik Daniel jalan kaki sambil korek telinga guna kunci motosikal....

Saturday, July 10, 2010

Dari Hanoi ke Saigon - Intro

Korang penah makan sagon?? Penah?? Sape tak penah makan memang kodi!!! Tapi aku bukan nak cerita pasal sagon, aku skrg kat Saigon atau nama barunya Ho Chi Minh di Vietnam.  Dah dekat seminggu aku kat Vietnam.  Landing di Hanoi 3 July aritu..ahh malas pulak nak tulis panjang2...nanti la balik Malaysia 11 July aku cerita.  Esok nak bangun pagi-pagi.  Nak pegi Cuchi, 1 jam setengah dari Saigon...nak melawat kubu lama Vietkong...jgn ada yg mengada mintak buah tangan macam-macam time aku balik nanti. Aku pegi bawak duit ngam-ngam utk sara hidup je.  Itu pun puas mengemis dgn kawan-kawan...celaka juga belum dpt gaji dah nak masuk 3 bulan!!!