Baru-baru ini aku ada jumpa seorang pegawai pemasaran. Kami bincang macam mana nak meningkatkan pendapatan iklan dan langkah-langkah yang digunapakai selama ini. Pegawai pemasaran tu bagi tau yang selama ini kami tidak boleh menyiarkan iklan tuala wanita. Aku hairan. Kompeni tuala wanita yang biasanya dari syarikat besar macam Johnson & Johnson, Procter & Gamble, Uniliver dan lain-lain mempunyai bajet besar dalam pengiklanan. Rugi besar kalau kita tak ambil peluang itu. Sering juga aku nampak iklan tuala wanita di waktu puncak, yang harga iklannya tentulah mahal. Produk tuala wanita juga sering menaja program-program wanita di televisyen.
Mungkin produk tuala wanita sesuatu yang taboo pada pemikiran si pembuat dasar. Entah apa yang taboo aku pun tak tahu. Aku masih ingat, dari kecik mak dan kakak-kakak aku pernah kirim beli tuala wanita kalau pergi ke kedai. Sekarang ni, selalu je aku beli pantyliner atau tuala wanita untuk Alia.
Pada aku dasar yang diamalkan amatlah tidak patut dan merugikan. Pendapatan iklan menjadi keutamaan dan menjadi salah satu KPI kepada pengarah-pengarah. Tapi dasar yang dilaksanakan bertentangan dengan matlamat. Tak patut. Aku rasa si pembuat dasar masih menyokong penggunaan kain buruk sebagai "penyerap kekotoran".
No comments:
Post a Comment