Tadi aku pegi seminar. Business Empowering Series tajuknya. Anjuran TM, yang tukang cakap juga dari TM dan VADS, anak syarikat TM. Tukang cakap bercakap mengenai produk-produk baru berkaitan IT yang terdapat di pasaran. Antaranya Cloud Computing.
Sebagai seorang IT imigran dan tidak pernah belajar hal-hal IT secara formal, dan juga mungkin faktor umur, aku hadapi masalah nak digest apa yang tukang cakap cakapkan. Aku menganga bila tukang cakap menggunakan terma-terma teknikal bidang IT. Tambah buat aku menganga bila tukang cakap bagi tahu yang dalam Cloud Computing, semua infra adalah maya. Virtual. Tak wujud secara fizikal. Nak paham cerita Matrix lakonan Keanu Reeves pun aku terkial-kial, inikan pulak nak paham benda-benda IT dalam masa 2-3 jam.
Di akhir sesi cakap-cakap, ada lucky draw. Hadiah lumayan. Ada henfon kuis-kuis, ipod, external hard disk. Semua aku tak dapat. Memang tiada luck. Cilake betul. Menganga tambah besar. Teringat bait lagu Maxi Priest...
someguy have all the luck...
someguy have all the pain...
someguy have a little sunshine in their's life..
my life is always filled with rain...
+++
Balik opis aku google pasal Cloud Computing, ahhh virtual private network (VPN) ni dah ada sejak awal 90an. Lagi banyak yang aku baca, lagi banyak yang aku tak tahu rupanya...kehkeh.
cloud computing=awan kepul2=berangan
ReplyDelete-pingu ijo
wuuuuu..gua minat reggae..
ReplyDeleteP/S : gua tau Cloud 9.. sedap..
(jawa peranakan)
Nikiia pisang
ReplyDelete