Thursday, March 8, 2012

Siri ITM Di Hatiku : Membuang Waktu di Semester Satu

Dulu masa kat ITM aku kena belajar 7 semester. Semester 1 dipanggil Pre-Degree.  Hanya ada 2 subjek.  Bahasa Inggeris dan Menaip.  Yaa, menaip.  Belajar menaip. Guna mesin taip manual yang bunyi keletak keletak tu.  Di saat seluruh dunia tengah sibuk dengan perkembangan ICT, Mahathir tengak sibuk merangka Multimedia Super Corridor, aku kena belajar guna mesin taip. Setan betul, masa tingkatan 1 tahun 1988 aku dah belajar komputer.  Apa punya giler tahun 1996 kena belajar guna mesin taip.
Disebabkan itu, aku lebih banyak melepak di bilik dari pergi ke kelas.  Main chess dengan Azlan.   Azlan kawan pertama  aku di ITM.  Aku kawan dengan dia sejak hari pertama masuk ITM. Dia jurusan Kejuruteraan.  Aku masscomm. Mengikut urban legend, masscomm sama engineering tak ngam.  Tapi aku senang berkawan dengan Azlan walaupun dia muda 2 tahun. Dia masuk lepas SPM, aku STPM.

Azlan anak seorang profesor di UKM.  Lepasan SM Sains Selangor.  Berkulit cerah, mengingatkan aku pada arwah Syahrizi aka Adik, kawan kamceng masa sekolah Clifford.  Kebetulan arwah juga lepasan SM Sains Selangor.

Hampir setiap pagi Azlan akan datang bilik aku.  Nak kata pagi pun tidak lah juga, sebab selalunya bangun tido dah nak bang Zohor.

"Lu pegi kelas tak hari ni?" soal Azlan, dengan muka belum mandi, tuala sangkut di leher.
"Malas..." aku jawab sambil baring. 
"Jom main chess..."

Begitulah rutin kami hampir setiap setiap hari.  Satu hari masa tengah main chess, Azlan memulakan borak.

"Lu ingat lagi tak masa 1st time gua tegur lu?"  soal Azlan.
"Ingat.."  aku jawab malas pasal nampak gaya Azlan nak buat step checked mate. Aku memang selalu kalah main chess dengan dia.
"Lu nak tau sebab apa gua tegur lu dulu tu...?"  soalnya lagi sambil tolak buah Bishop line putih makan aku punya Castle.  Cilaka.
"Entah..."  bayangan kekalahan dah nampak.
"Pasal lu pakai t-shirt Quiksilver...nampak ganas!"
"Haha"  aku ketawa.

Terus teringat 1st day lepas daftar.

Lepas abah aku balik hantar aku daftar ITM, aku tukar la pakai t-shirt. Apa giler aku nak pakai kemeja tucked in sampai ke petang.  Lepas letak baldi bawah katil, aku keluar ke koridor. Sebab rasa tak best melepak dalam bilik dengan baldi.  Aku pun heran, asal duduk asrama, nak kena beli baldi.

Masa aku melepak di koridor ni la 1st time Azlan tegur aku.

"Brader...jom isap rokok."  Ayat pertama keluar dari mulut Azlan, dan selepas itu kami berkawan rapat. 

Sejak itu aku tahu, rokok juga boleh merapatkan silaturrahim selain merosakkan paru-paru.

++++

Azlan hanya belajar di ITM satu semester.  Lepas tu dia tukar masuk KDU.  Last aku jumpa dia tahun 1998 rasanya di One Utama.  Dia dengan amoi seksi.  Aku ajak main chess dia ketawa. 

Entah mana dia sekarang.
Pre-Degree:  Walaupun jarang ke kelas, tidak fasih berbahasa Inggeris dan lembab menaip...tetap di kelilingi gadis-gadis kehkeh

2 comments:

  1. wahhh hidup hang dengan hidup aku masa pre dip sama lah...caya lahh-Tawell

    ReplyDelete
  2. Sama la..aku pon dok baik dgn member engine (kepala rock).. tapi hang dikelilingi wanita..hebat ...tapi kalu lont aku rasa dia yang mengelilingi wanita..

    ReplyDelete