Thursday, March 22, 2012

Dari Kampung Petang ke Kampung Pagi.

Kampung Petang terletak di Hulu Terengganu.  Tepatnya, di dalam Tasik Kenyir.  Ya, dalam tasik.  Kampung ni dah tenggelam.  Tasik Kenyir yang ujud dengan siapnya Empangan Janakuasa Sultan Mahmud pada 1985, telah menenggelamkan  Kampung Petang.

Kampung Pagi pulak terletak di Ulu Tembeling, Pahang.  Kalau dari Kuala Tahan, (pintu masuk Taman Negara) kena naik bot dalam 7-8 jam sampai la ke Kampung Pagi.  Bergantung keadaan air.  Musim air tinggi, cepat la sikit, kalau air cetek, jadi lambat pasal kena menolak bot.  Kampung Pagi, kampung terakhir di Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang dulu-dulu, masa Mat Kilau lari dari ditangkap pihak British di Pahang, dia lari ke Terengganu.  Dari Jerantut beliau ke Kuala Tahan dan terus ke Kampung Pagi ikut laluan sungai.  Seterusnya beliau berjalan kaki meredah hutan ke Kampung Petang di Terengganu.

Kampung Pagi mendapat nama kerana, dulu-dulu orang dari Pahang nak ke Terengganu jalan kaki bertolak dari kampung tu pagi-pagi dan sampai ke kampung pertama belah Terengganu waktu petang keesokan harinya.  Kampung belah Terengganu dinamakan Kampung Petang.  Paham?  Tak paham, lantak la kau, peduli apa aku.

Dulu-dulu masa zaman ramai pendekar macam Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah dan sebagainya, dorang tu semua steady je jalan kaki dari Kampung Pagi ke Kampung Petang 2 hari satu malam.  Satu malam je dorang camping dalam hutan.  Itu cerita dulu.

Sekitar tahun 2005 rasanya, aku ada buat perangai jalan kaki dari Kampung Petang di Terengganu ke Kampung Pagi di Pahang.  6 hari 5 malam baru sampai...kehkeh nampak sangat aku bukan pendekar.  Lagipun aku bukan kena kejar dengan British.

Walaupun tidak dikejar oleh British, tapi aku dikejar tebuan tanah.  Memang naya, dengan backpack Deuter 45 liter atas belakang, lari memcicit tengah-tengah hutan.

++++

Dah lama aku tak buat kerja masuk hutan.  Rindu pulak rasanya.  Last pergi Taman Negara Endau-Rompin tahun 2010.  "Be a traveller, not a tourist" - Anthony Bourdain
  
Mat Kilau

  
M. Daud Kilau







































Nota kaki :
Mat Kilau dan M. Daud Kilau takde kaitan saudara.  Mat Kilau orang Pahang.  M. Daud Kilau orang Perak.

2 comments:

  1. "LARI!! PENYAKIT!!"

    P/S : mat kilau ialah rakyat jelata.. manakala m. daud kilau pula ialah raja.. Raja Gelek..

    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  2. Tapi bini daud kilau org lepeh....

    ReplyDelete