Monday, November 21, 2011

Lembah Danum & Pasukan Bolasepak Terkuat Di Dunia



Aku sampai ke Lembah Danum dah 3 kali rasanya.  Lembah Danum terletak kira-kira 87 km dari Lahad Datu.  Laluan 15 km pertama je jalan tar, selebihnya jalan berbatu.  Siapa yang pakai kereta sukan, atau kereta biasa tapi modified perasan macam kereta sukan, jangan nak mengada masuk. Berkeluasan 438 km persegi, ia merupakan kawasan yang diasingkan untuk pemeliharaan di bawah Pelan Pengurusan Kawasan Hutan Yayasan Sabah.  Sama macam Maliau Basin dan Imbak. Cerita pasal Maliau Basin aku pernah tulis dulu di sini

Tanpa banyak publisiti, Pusat Kajian Lembah Danum telah menjadi medan kerjasama penyelidikan hutan diantara saintis Malaysia dan negara-negara Barat.  Tumpuan serius badan yang disokong oleh Royal Soceity dalam usaha nak selamatkan bumi menerusi pengekalan kawasan hutan, macam-macam kajian pasal hutan dibuat di sini.  Biologi, ekologi, zoologi, geomorfologi, hidrologi, taksonomi, entomologi, perubatan, perhutanan, konservasi, perubahan iklim dan kajian entah apa-apa lagi pernah dan sedang dijalankan di sini.  Sehingga kini, hampir 400 daripada kajian tersebut sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.

Pusat Kajian Lembah Danum telah diiktiraf sebagai pusat kajian hutan terbaik selepas Costa Rica dan Panama.  Selain peranannya sebagai pusat kajian, Lembah Danum juga jadi habitat haiwan terancam macam gajah, badak sumatra dan orang utan.


Kira-kira 10 km dari Pusat Kajian Lembah Danum, ada sebuah resort.  Borneo Rainforest Lodge namanya.  Walaupun duduk di tengah-tengah hutan, resort ni bertaraf 5 bintang.  Terbaru aku surf internet, pakej 3 hari 2 malam RM2,200 seorang termasuk pengangkutan dari Lahad Datu dan makan minum.  Amacam ada berani??




Borneo Rainforest Lodge memang steady.  Resortnya cantik bergabung ngam dengan hutan.  
Pagi-pagi bangun tidur, ada rusa liar makan rumput tepi sungai depan resort.  Macam-macam 
boleh buat di sini, mandi sungai dan menengok binatang antaranya.



Selain aktiviti menarik yang aku sebut tadi, pengalaman yang satu ni memang aku tak boleh 
lupa.  Pengalaman tengok bola.  Resort ni dalam bilik tak ada tv.  Nak tengok tv kena lepak 
di restoran.  


Sebagai penyokong tegar pasukan bolasepak terkuat di dunia, iaitu Liverpool, setiap 
perlawanan pasti aku tunggu.  Game Liverpool entah lawan siapa aku dah lupa, start dalam 
pukul 11 malam. Mula-mula adalah juga 2-3 orang tengok tv dengan aku.  Belum  sampai 
separuh masa, yang 2-3 orang tadi blah balik bilik.  Tinggallah aku sorang-sorang di restoran 
yang dah dimatikan lampunya. Cahaya dari tv dan lampu dari pelantar jalan kaki je yang ada. 
Disebabkan perlawanan malam itu menarik dan Liverpool tengah leading hasil jaringan Milan 
Baros, aku buat-buat berani.

Bila rehat separuh masa pertama, aku mula rasa lain macam.  Suasana jadi sunyi sepi.  
Bulu tengkok meremang. Rasa macam diperhatikan. Aku sibukkan diri tekan-tekan remote 
Astro.  Tapi rasa diperhatikan semakin menaik.  Cilaka betul.  Aku kuatkan semangat.  
Berjaya juga aku tengok sampai habis game Liverpool tu.  Sebagai team bola sepak terkuat 
di dunia, Liverpool menang 3-1 malam tu.  Milan Baros score 2 bijik.

Habis game, aku tutup tv dan pelan-pelan jalan kaki balik ke bilik. Masa tu dah nak pukul 
1 pagi rasanya. Bulu tengkok masih meremang.  Masa jalan kaki rasa macam ada yang 
mengikut.  Aku masuk bilik, berkumur lebih kurang, basuh muka dan terus baring.

Borneo Rainforest Lodge Accommodation - basic, but comfortable

Aku dah nak terlelap bila katil queen size yang aku baring bergoyang-goyang.  Katil rasa 
macam ditolak ke kiri dan ke kanan.  Sekata gerakannya.  Aku terlentang, membuka mata 
memandang ke bumbung.  Menghayati gerakan katil yang digoncang. 

"Jangan la kacau...aku nak tido ni..." perlahan aku cakap ke bumbung, merayu.

Aku tutup muka dengan bantal.  Katil masih lagi bergoyang-goyang.  Aku baca doa selang 
seli dengan sumpah seranah dalam hati.  Sudahnya tertidur jugak sampai ke pagi...heh!!

4 comments:

  1. RM2,200 tu pakej sekali dengan puaka rupanya..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  2. ape yg blaku?????? haishh.. suspen je.

    ReplyDelete
  3. cntk sgt tmpt ni.....nnt kita datang sini ek....hehe....

    ReplyDelete