Thursday, August 18, 2011

Senario Ops Pocot

Aku balik dari Kota Kinabalu Rabu semalam.  Naik feri dari Menumbok ke Labuan.  Setelah Kumin parking kereta ngam-ngam dalam feri, aku keluar dari kereta. Tengok-tengok pemandangan pekan kecik Menumbok dari atas feri.  Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.  Feri besar, kalau bot laju 20 minit boleh sampai Labuan.

"Pegi rehat di atas la boss, biasa dorang pasang movie tu" Kumin kata ke aku.

Pejalan kaki dan penumpang kereta boleh berehat di tingkat 2 feri.  Tempat duduk selesa dan berhawa dingin.  Disediakan juga skrin tv besar.  Betul kata Kumin, Senario Ops Pocot baru nak mula.  Sahih dvd pirate.  Aku tak pedulik, janji masa 2 jam terisi.

Feri mula bergerak.  Tak lama, aku mula rasa mual, loya dan nak muntah.  Aku heran.  Selama ni tak pernah aku mabuk laut.  Berkerut juga dahi menahan loya.  Aku pandang keliling. Jenuh pikir kalau-kalau ada tersalah makan.  Arghhhh celaka...baru aku perasan, Senario Ops Pocot punca angkara.  Subhanallah...teruk betul ceritanya dan lakonannya.  Azlee, Mazlan dan Wahid...sudah sudah la jadi bodoh. Aku tengok tak sampai 15 minit, aku keluar layan tengok laut. Sebelum aku termuntah dan batal puasa, baik aku habiskan masa buat benda lain. 

Kepada pendokong-pendokong utama filem Senario Ops Pocot, penerbit, pengarah, panel skrip, dan pelakonnya sekali...sila makan taik dan pergi mati!!! Aku bukan anti filem Melayu...ikhlas.




































Pemandangan dari atas feri berlatar pekan Menumbok.

4 comments:

  1. aku ingat, era crite crite murahan ni dah abes....ade lagi ghopernye yob!

    ReplyDelete
  2. aku pun dah naik menyampah dgn senario skrang nie....
    Baik layan lawak bodo sepah ....

    ReplyDelete
  3. hah...aku suka dengan ayat 'sila makan taik dan pergi mati!!!'. Sangat tepat hahaha... ngam la En.Lebah.. uuu ruponya Tok Wali usssooong suka..

    ReplyDelete