Tuesday, August 2, 2011
Param Di Labuan
Suasasa Param hari pertama berhampiran Dataran Labuan.
Pasar Ramadhan (Param) di Labuan sama je dengan tempat-tempat lain. Ayam golek, murtabak, lauk-pauk, karipap inti angin. Menu sama. Pengunjung je yang lain. Aku rasa persatuan penjaja Param memang dah edar SOP supaya semua Param sama walau di mana berada. Tak ada yang unik.
Param yang ni baru la unik. Memang steady. Sape tak kenal dia kodi.
Nama sebenar pelakon komedi veteran yang berasal dari Negeri Sembilan ini ialah Paramasivam Periaphanby. Beliau bergiat cergas bersama pelawak komedi seangkatan dengannya seperti A.R Badul, Wazata Zain, Allahyarhamah Yusni Jaafar dan R. Jaafar. Param adalah anak bongsu dari lima beradik, yang kesemuanya perempuan.
Mendiang Param memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin. Param 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur pada pagi Jumaat 14 Ogos 2009.
Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu. Param kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 80an. Filem-filem lain yang turut dilakonkannya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal. Mendiang turut dikenali menerusi siri Hang Setia yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 80an.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akkik akkikkk, inni innni (sambil tunjok bontot yang tecocok jarum kait Ogy)
ReplyDeleteTUAN BESAR
haha best scene ever
ReplyDeleteHadoiiiiiii~
ReplyDeleteaku ingatkan citer panjang lebar pasal pasar ramadhan kat Brunei...ke Param pulak peginyee..memang tak ikut skrip lahh~ ceh!
sempena berhijrah ke tempat baru, wajah blog juga baru..
ReplyDelete(jawa peranakan)