Sabtu lepas aku pergi Muar, Johor. Muar kampung mak dan abah aku. Sepupu aku belah abah buat kenduri kawin anaknya. Dah berbelas tahun aku tak balik Muar rasanya. Masa kenduri, sempatlah berjumpa dengan sedara mara. Mak Anjang, Mak Chik dan Chu turut ada. Dorang ni adik-adik abah aku. Dari 9 beradik, hanya tinggal 4 orang, yang lain dah meninggal.
"Kenal tak?" ayat yang keluar dari mulut aku masa nak bersalam dengan Mak Anjang. Berkerut muka Mak Anjang berfikir.
"Mamat la...anak Uteh Ali.." Gedebuk...Mak Anjang tampar belakang aku.
"Bertuah punya budak, berpuluh tahun aku tak jumpa kau!!" Mak Anjang tarik aku duduk sebelah. Bermulalah sesi interview. Duduk mana, kerja apa, anak berapa orang bla bla bla...
Masa nak balik, Mak Anjang peluk dan cium pipi aku. Terharu. Rasa macam waktu sekolah rendah dulu. Entah bila lagi boleh jumpa. Mak Anjang pun tengah sakit sebenarnya. Leukimia.
Monday, March 19, 2012
Thursday, March 8, 2012
Siri ITM Di Hatiku : Membuang Waktu di Semester Satu
Dulu masa kat ITM aku kena belajar 7 semester. Semester 1 dipanggil Pre-Degree. Hanya ada 2 subjek. Bahasa Inggeris dan Menaip. Yaa, menaip. Belajar menaip. Guna mesin taip manual yang bunyi keletak keletak tu. Di saat seluruh dunia tengah sibuk dengan perkembangan ICT, Mahathir tengak sibuk merangka Multimedia Super Corridor, aku kena belajar guna mesin taip. Setan betul, masa tingkatan 1 tahun 1988 aku dah belajar komputer. Apa punya giler tahun 1996 kena belajar guna mesin taip.
Disebabkan itu, aku lebih banyak melepak di bilik dari pergi ke kelas. Main chess dengan Azlan. Azlan kawan pertama aku di ITM. Aku kawan dengan dia sejak hari pertama masuk ITM. Dia jurusan Kejuruteraan. Aku masscomm. Mengikut urban legend, masscomm sama engineering tak ngam. Tapi aku senang berkawan dengan Azlan walaupun dia muda 2 tahun. Dia masuk lepas SPM, aku STPM.
Azlan anak seorang profesor di UKM. Lepasan SM Sains Selangor. Berkulit cerah, mengingatkan aku pada arwah Syahrizi aka Adik, kawan kamceng masa sekolah Clifford. Kebetulan arwah juga lepasan SM Sains Selangor.
Hampir setiap pagi Azlan akan datang bilik aku. Nak kata pagi pun tidak lah juga, sebab selalunya bangun tido dah nak bang Zohor.
"Lu pegi kelas tak hari ni?" soal Azlan, dengan muka belum mandi, tuala sangkut di leher.
"Malas..." aku jawab sambil baring.
"Jom main chess..."
Begitulah rutin kami hampir setiap setiap hari. Satu hari masa tengah main chess, Azlan memulakan borak.
"Lu ingat lagi tak masa 1st time gua tegur lu?" soal Azlan.
"Ingat.." aku jawab malas pasal nampak gaya Azlan nak buat step checked mate. Aku memang selalu kalah main chess dengan dia.
"Lu nak tau sebab apa gua tegur lu dulu tu...?" soalnya lagi sambil tolak buah Bishop line putih makan aku punya Castle. Cilaka.
"Entah..." bayangan kekalahan dah nampak.
"Pasal lu pakai t-shirt Quiksilver...nampak ganas!"
"Haha" aku ketawa.
Terus teringat 1st day lepas daftar.
Lepas abah aku balik hantar aku daftar ITM, aku tukar la pakai t-shirt. Apa giler aku nak pakai kemeja tucked in sampai ke petang. Lepas letak baldi bawah katil, aku keluar ke koridor. Sebab rasa tak best melepak dalam bilik dengan baldi. Aku pun heran, asal duduk asrama, nak kena beli baldi.
Masa aku melepak di koridor ni la 1st time Azlan tegur aku.
"Brader...jom isap rokok." Ayat pertama keluar dari mulut Azlan, dan selepas itu kami berkawan rapat.
Sejak itu aku tahu, rokok juga boleh merapatkan silaturrahim selain merosakkan paru-paru.
++++
Azlan hanya belajar di ITM satu semester. Lepas tu dia tukar masuk KDU. Last aku jumpa dia tahun 1998 rasanya di One Utama. Dia dengan amoi seksi. Aku ajak main chess dia ketawa.
Entah mana dia sekarang.

![]() |
| Pre-Degree: Walaupun jarang ke kelas, tidak fasih berbahasa Inggeris dan lembab menaip...tetap di kelilingi gadis-gadis kehkeh |
Friday, February 24, 2012
Terukir Di Bintang
Bagi aku lagu ni power. Dia punya power sampai bila aku driving, radio main lagu ni, aku boleh sing along nyanyi kuat-kuat.
Tadi aku makan kat Pizza Hut dengan Alia dan Lutfil. Dia punya service boleh tahan lembab. Aku dah nyanyi lagu Yuna dalam hati banyak kali tapi order tak sampai-sampai.
Bila ada pelayan lalu, aku terus la tanya.
"Dik, order tadi belum sampai lagi ni" tegas aku tanya.
"Sekejap ye uncle" jawab adik pelayan tanpa rasa bersalah dan terus berlalu.
"Haha...Uncle!!" Alia ketawakan aku.
Perghh kena panggil uncle!!! Umur masih 30an dan badan masih power dipanggil uncle...sia-sia aku layan lagu Yuna. Aku rasa nak balik cepat bersiap-siap pergi ke masjid.

Tragedi Hitam di Twin Towers
Hampir waktu lunch,
Tahun 2000,
Tingkat 36, Menara 2, Petronas Twin Towers
Telefon di depan aku berdering. Aku segera angkat. "Hello" kedengaran suara seorang brader di sebelah sana. Suaranya seakan suara Mamat. Mamat kawan aku masa di ITM. Ghapla jingga punya kaki. Orang Behor Latih, Perlis. Memang aku bergurau kasar kalau dengan dia.
Aku : Haa barua!! Hang mau apa??
Brader Dalam Talian : Apa kau cakap??!!!
Ayat "Apa kau cakap??!!!" baru aku perasan rupanya bukan Mamat yang call. Cilakak betul. Puas jugalah aku beri alasan kat Brader Dalam Talian tu. Rupanya dia ekekutif di Petronas Dagangan Bhd. Banyak jugalah dia sekolahkan aku perihal etika menjawab telefon. Aku iyakan aje pasal memang aku salah. Dia punya rasa bersalah lebih tinggi dari bangunan tertinggi di dunia yang aku tengah duduk. Hilang mood nak pegi lunch hari tu. Memang betul punya padan muka.
+++
Hujung tahun 1999 sampai Ogos 2000 aku kerja di Unit Tenant Services, KLCC Urusharta Sdn. Bhd. Menguruskan menara tongkol jagung 2 batang. Segala masalah penduduk di menara tongkol jagung 2 batang aku kena handle.
Subscribe to:
Posts (Atom)