Sunday, October 30, 2011

E-mail dari Amir Faizal.

Date: Tue, 25 Oct 2011 05:59:24 -0700
  • From: amir.XXXX@yahoo.com
    Subject: Mendulang Emas
    To: zam_sut@hotmail.com

    Assalammualaikum saudara zam,
    Saya ada terbaca blog saudara mengenai aktiviti mendulang emas. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya, nama saya Amir Faisal, tuan boleh check FB sy (www.facebook.com/XXXX), saya beri taklimat mengenai asas perlaburan emas dan kepentingannya dalam erti kata lain saya juga menjual dan membeli emas terpakai dr client saya. Bagaimana caranya untuk saya hubingi saudara sekiranya saya berminat untuk membeli hasil tersebut? Bersama ini saya sertakan no hanphone saya sekiranya tuan berminat boleh la hubungi atau sms saya 012333XXXX untuk perbincangan lanjut mengenai harga dan bagaimana boleh kita berurusan. Terima Kasih.

    Amir Faisal

    To amir.XXXX@yahoo.com
    Waalaikumsalam.

    Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kerana  terbaca blog saya yang entah apa-apa itu.

    Kalau saudara berminat nak beli emas, baik terus sahaja ke kampung halaman saya di Sungai Koyan, Raub, Pahang.  Tak jauh dari Kuala Lumpur.  Drive dalam 2 jam boleh sampai. Kalau saudara drive laju-laju macam pelesit, 1 jam 15 minit pun boleh sampai. Kalau dah sampai, boleh terus bertanya dengan anak-anak muda di sana.  Mereka banyak melepak di kedai kopi belah malam setelah penat mencari emas di siang hari.  Pasal harga, saya tak tahu sangat sebab bukannya saya yang pergi mencari emas.  Saya kerja di Labuan sekarang.  Sekali sekala je balik kampung, itu pun kalau dapat tiket Air Asia yang murah.

    Mudah-mudahan saudara berjaya dalam perniagaan.  Kalau nak makan ketam fresh-fresh, marilah datang ke Labuan.  Lagi satu, di sini saya juga ingin menegur mengenai kesalahan ejaan dalam email saudara. Perkataan "hubingi" belum pernah saya dengar.  Saya rasa saudara maksudkan "hubungi".  Lain kali, sila semak dulu sebelum tekan button send.  Maaflah dengan teguran itu tadi, saya bukanlah berniat menjadi malaikat dalam bidang bahasa, cuma buat makluman saudara, sekarang ini sedang berlangsung Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan.  YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang rasmi itu hari kehkehkeh.

    Sekian, terima kasih. 

    ++++

    Amir Faizal terbaca entry aku yang ini.

Friday, October 28, 2011

MTD tak jadi...(Part 2)

Aku tak boleh tido.  49 orang budak lelaki yang lain dah lama lelap.  Kepala pikir macam-macam.  Pikir apa lagi ujian yang bakal ditempohi esok hari.  Aku jugak pikir pasal abah.  Kesian dia.  Mesti dia sejuk dan banyak nyamuk. Malam sebelum tu ada la juga aku temankan dia.  


Kami sampai ke Kuantan hari dah petang.  Lepas pergi recce mana dewan periksa, kami cari tempat tido.  Abah kata kita kena cari tempat tido yang dekat-dekat, pasal esok aku kena ambil periksa pagi-pagi.  Depan kem askar Batu 12 Kuantan tu ada masjid.  Di situ la aku dan abah tido.  Karpet nipis, kain pelikat dan pelukan abah jadi perisai tahan sejuk.  Disebahkan aku lulus periksa siang tadi, maknanya abah kena tido di  masjid sorang-sorang lagi 2 malam.


Tido dekat dengan dewan periksa hanya alasan.  Aku tahu, abah takde duit nak tido di hotel.  Tahun-tahun pertengahan 80an, era gawat.  Harga kelapa sawit down giler babi.  Rata-rata pendapatan peneroka Felda kampung aku dalam 3-4 ratus je.  Dengan pendapatan sebanyak itu abah besarkan 7 orang anak.  Masa tu, abang aku  yang sulong balik dari Kanada belum dapat kerja tetap.  Dia jadi cikgu sementara kat sekolah menengah kampung aku ajar bahasa Inggeris.  Kakak nombor 2 tengah belajar kat MPSI (sekarang UPSI).  Nombor 3, abang aku baru daftar masuk UTM Skudai. Nombor 4 kakak tingkatan 3, seterusnya aku dan 2 orang adik lelaki yang masih kecik.  Kami belum mampu nak membantu.  Apa yang mampu kami buat, habiskan nasik yang mak masak...


++++


2 hari berikutnya aku tempoh dengan jaya.  Kehkeh setakat ujian kecergasan dan kesihatan, apa ada hal. Ada ujian berkawad, ujian lari keliling padang, ujian main bola, timbang bola takraw, ujian berenang pun ada.  Tapi yang paling tak tahan, ujian kesihatan.  Ada sorang doktor dan nurse.  Masuk bilik periksa sorang-sorang kena bogel.  Habis segala telur dorang check.  Walaupun aku baru 12 tahun, tapi malu la juga...cilaka betul.


Aku pendekkan cerita.  Dari 50 orang, disaring jadi 20 dari ujian kecergasan dan kesihatan.  Maknanya 30 orang kena tendang.  Aku berjaya masuk senarai 20.  Boleh tahan juga aku punya steady.  Dalam ramai-ramai budak lelaki umur 12 tahun dalam negari Pahang, aku masuk senarai 20.  20 orang ni kiranya wakil negari Pahang ke peringkat zon pula.


Ok, begini.
1.  Zon Utara - Perlis, Kedah, Penang, Perak
2.  Zon Tengah - Selangor, Kuala Lumpur
3.  Zon Selatan - Negeri Sembilan, Melaka, Johor
4.  Zon Timur - Pahang, Kelantan, Terengganu 
5.  Zon Sabah dan Serawak


Setiap tahun, MTD ambil dalam 100-120 orang pelajar tingkatan 1.  Seramai 20 orang dari setiap 5 Zon di atas.  Maknanya 20 orang X 5 Zon = 100.  Lagi 20 biasanya diambil dari kalangan anak-anak tentera yang cemerlang ujian penilaian darjah 5.  Senang cakap, orang dalam.


Jadinya aku kena lalui satu lagi proses ujian.  Kena bersaing dengan budak-budak zon Pantai Timur pulak.  60 orang semuanya, 20 dari Pahang, Kelantan dan Terengganu.


++++


Selang sebulan dari pengalaman tido masjid di Kuantan.  Aku ke Kelantan pula.  Ke Kem Kijang, dekat dengan Kota Bharu.  Kali ini sesi interview.  Siap beli kasut hitam berkilat, pakai tie bagai.  Turn aku sampai.
Ada 3 orang pakai baju askar smart-smart depan aku.  Muka masing-masing jenis takde senyum.  Lagu "Senyum Seindah Suria" memang takde dalam kamus hidup mereka barangkali.  Lagu "Senyumlah Cek Mek Molek" M Daud Kilau mungkin dorang suka, pasal lagu tu ada gatal-gatal sikit.  Pegawai askar kan banyak yang gatal-gatal kan? kan? kehkehkeh...


Soalan yang dorang tanya antaranya Dasar-dasar Kerajaan.  Apa nak buat sebagai ketua.  Nama Panglima Angkatan Tentera.  Semua aku tak tau nak jawab apa.  Satu je aku jawab betul, Nama Menteri Pertahanan waktu tu, itu pun aku sebut Abdullah Badawi je.


Ada ke patut tanya soalan macam tu kat budak umur 12 tahun.  Patut ke?  Memang patut aku tak dapat masuk MTD...kalau tidak ada chance aku jadi Panglima Angkatan Tentera...jahanam.

Thursday, October 27, 2011

MTD tak jadi...

1987.

Main kejar-kejar memang tengah memuncak time tu.  Giler best main kejar-kejar.  Aku baru umur 12 tahun. Selain main kejar-kejar dengan kawan-kawan keliling rumah, aku suka baca buku Bambino, Kuntum, Bujal, Gila-Gila sama komik lawan-lawan.  Masa ni komik Hong Kong belum datang.  Nanti kalau dah besar sikit baru aku nak baca suratkhabar Utusan sama majalah Maskulin. Majalah Mangga memang aku tak nak baca.  Aku nak tengok gambar je, pasal banyak gambar seksi-seksi tetek nampak separuh...lepas tu ada tajuk "Saya tidak seksi".  Bengap ntah makan apa la dorang ni.  Wartawan yang tulis sama artis tetek nampak separuh sama je otak udangnya.

Satu hari tengah aku tekun main kejar-kejar, abah aku panggil balik rumah.  Aku akur, tak nak jadi anak derhaka.

"Ni ada surat panggil pergi ujian masuk MTD tingkatan satu nanti" abah kata ke aku.
"MTD tu apa?" aku tanya abah balik...
"Maktab Tentera DiRaja" abah jawab.
"Ooooo..." aku mengoookan jawapan abah.

++++

Dewan di Kem Tentera Batu 12, Kuantan senyap sunyi walaupun hampir 300 orang budak lelaki umur 12 tahun ada di dalamnya.  Semua tengah kusyuk menjawap kertas ujian nak masuk MTD.  Ada soalan Maths, Sains dan Ujian Personaliti.  Ujian bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.  Belah petang keputusan ujian akan diumumkan.  50 orang markah terbaik akan ke peringkat seterusnya.

Aku menjawab steady soalan-soalan yang diajukan oleh kertas soalan. Jenis jawab tak payah tiru kawan sebelah sebab yang duduk sebelah bukannya kawan.  Baru je jumpa dalam dewan periksa, nama pun tak tahu...

++++

Usai makan tengahari, aku dan abah kembali ke dewan periksa.  Nak tahu markah, siapa yang dapat meneruskan langkah ke MTD yang gah.

Bila semua dah ada dalam dewan, tukang jaga periksa yang tadi pagi pakai baju askar bagi taklimat.  Dia kata 50 nama yang kena panggil, akan ke peringkat ujian seterusnya.  Kena stay lagi 2 hari kat kem tu.

Aku pandang keliling.  Wajah-wajah budak lelaki sebaya aku penuh harapan nak ke tingkatan 1 di MTD.  Aku lanjutkan pandangan ke luar dewan, wajah wajah ibu bapa juga serupa.  Dari segenap ceruk bumi Pahang mereka datang.  Budak yang duduk sebelah aku dari Cameron Highland.  Dia kena turun ke Tapah, lepas tu ke KL dulu...dan baru ke Kuantan.  Waktu ni highway PLUS belum ujud. Ramai terpaksa menempoh ratusan kilometer demi nak ke MTD.  Aku tak terkecuali.

Tiba-tiba datang rasa malas nak sambung...cilaka betul.

Monday, October 24, 2011

Ramli kena marah lagi...

Ramli baru balik main bola...

Ramli  :  Ayah...tadi Ramli dapat score goal sebijik...
Ayah  :  Kepala hotak kau...anak-anak jiran sebelah score sampai 6 bijik tau!!!

Ramli terus menikus dan berazam nak jadi mak andam pula...

++++

Kahkahkah  melihat Manchester United dilaukkan oleh jirannya Manchester City amatlah mengujakan.  You Will Never Walk Alone...Liverpool memang power!!!