Berebut mainan, "Babi...bodoh".
Berebut remote tv, "Babi...bodoh"
Kena tepuk dengan Alia, "Babi...bodoh"
Jatuh tersadung kaki kerusi, "Babi...bodoh"
Pendek kata, "Babi..bodoh" akan dituturkan dalam banyak hal yang tidak memuaskan hatinya. Aku syak, dia belajar perkataan tu dari rumah pengasuh. Aku cuba tegah, tapi tak berapa nak jalan.
Satu hujung minggu yang indah, aku bawak Lutfil berjalan-jalan ke Subang Parade. Di tingkat bawah, ada kedai elektrikal. Tipikal kedai elektrikal, belah depan mesti letak tv macam-macam saiz model terkini pelbagai jenama pasang dvd sambil promote sound system sekali.
Kali ini kedai elektrikal tersebut menjadikan dvd cerita "Babe: Pig In The City" sebagai wadah mempromosi barangan audio videonya. Maka, watak babi comel pink colour menghiasi semua peti tv yang ada di kedai elektrikal tersebut.
"Lutfil selalu cakap babi bodoh babi bodoh...haa, ini laa babi" sambil jari aku menuding ke arah watak babi comel pink colour yang berlari-lari dengan seekor angsa putih.
"Oooo...ini BABI, BODOH mana??" balas Lutfil.
Kahkahkah aku ketawa kaw kaw sampai berair bijik mata tak pedulik orang keliling.
++++
Esok birthday Lutfil. 14 tahun. Cepat betul. Belum puas rasanya menjawab soalan-soalan bodohnya...
No comments:
Post a Comment