Monday, September 9, 2013

Laporan akademik yang tak berapa nak akademik sangat...

Jumaat lepas hari laporan akademik di sekolah Lutfil.  Biasanya kalau hari akademik, aku hanya jumpa cikgu kelas, dan cikgu kelas akan cerita pasal pencapaian akademik murid.  Tapi kali ni lain sikit.  Aku kena jumpa cikgu setiap mata pelajaran.  Disebabkan tingkatan 1 ada belajar 12 mata pelajaran, aku kena jumpa 12 orang cikgu.  Pewww!!

Cikgu 1  :  Lutfil belajar ok...cuma, dalam kelas dia suka main-main.  Suka buat lawak...bla bla bla...

...dan, 11 lagi cikgu yang seterusnya, memberi laporan yang hampir sama.

Panas juga telinga mendengarnya. Tapi bila aku ingat balik perangai sendiri masa sekolah dulu, niat nak marah tu aku buang jauh-jauh. Memikirkan sisi positif, ini menunjukkan Lutfil tak stress belajar. 

Suka hati kau la nak, asal kau bahagia.

2 comments:

  1. anak aku drjh satu...dialah ketua kelas dan dia lah juga ketua buat bising....kahkahkah...mau menyesal ckgu lntik jd ketua darjah awal tahun hrtu...

    ReplyDelete
  2. sama la...lutfil pun ketua tingkatan kehkeh

    ReplyDelete