Anak gajah cuba membangunkan mak dia untuk menyusu. Setakat hari ini, dah 10 ekor ditemui mati di kawasan Hutan Simpan Gunung Raya, Tawau dipercayai diracun. |
"Borneo Pigmy Elephant" sub spesis gajah Asia, merupakan gajah terkecil. Setahu aku, spesis ini endemik di negeri Sabah. Tempat lain tak ada spesis ni. Sekitar 2005-2006 aku ada beberapa kali bertemu dengan spesis ni. Siap kena kejar lari naik bot. Kalau ke Daerah Kinabatangan, terutama di kawasan Sukau spesis gajah ni memang senang nak jumpa.
Pada aku, konflik antara haiwan dan manusia ni memang tak dapat nak elak. Manusia sibuk nak menjarah hutan. Nak kayu balak, nak tanam sawit, nak buat penempatan baru. Walau apa pun yang kita mahukan, cilaka apa sampai perlu di bunuh binatang ni??
Aku bukanlah pencinta binatang sangat, tapi benda-benda macam ni aku tak boleh terima. Susah sangat ke hidup sama-sama berkasih sayang?? Kalau tak sayang pun, biar la binatang tu hidup.
"They Were Here First" - dulu aku ada T-Shirt ni...steady!! |
No comments:
Post a Comment