Tuesday, June 5, 2012

Cerita Dari Kampung

Aku baru balik dari kampung.  Seminggu juga aku kat kampung.  Jarang-jarang balik. Macam-macam cerita ada.

1.  Adik aku yang bongsu kawin.  Alhamdulillah settle semua.  Semoga gembira selalu.

Peace!!
 2.  Di kampung tengah sibuk cerita saham Felda.  Abah aku tak sign. 800 unit saham je Felda nak bagi. Ingatkan 8 lot, paling tidak.  Bukan free, kena beli.  Punca tak nak sign pasal 800 x RM4.55 sen (seunit saham) = RM3,640. RM3,640 kena pinjam.  Tak boleh guna duit sendiri.  Pinjam di Maybank atau CIMB.  Pedulik la kalau abah ada duit tunai berjuta pun.  RM3,640 tetap kena pinjam, kata pegawai Felda yang datang rumah suruh sign tu.    Disebabkan taknak pinjam, abah tak sign.   Setakat RM3,640 bukannya tak mampu...heh!!!

3.  Ada budak main rugbi di Koyan sekarang.  Sempat juga aku join 4 hari main "rugbi sentuh".  Aku harap ada budak Koyan yang mampu main untuk Malaysia satu hari nanti.  Takde la nak mengharapkan orang Fiji.  Korang tahu tak ni ada 3 orang Fiji main rugbi untuk Malaysia??  Dah import pun masih duduk Divisyen 2 Asia...kalah dengan Thailand...hakkk tuiii!!  Tapi yang paling bangang, team bola Malaysia.  Dengan Filipina pun tak boleh score.  Aku tengok sekejap je. Daripada aku berdosa maki hamun depan tv, baik la aku lepak mengeteh di kedai Ipin.

4.  Ada budak Koyan kena tangkap pasal bawak keluar emas dari lombong Selinsing Gold Mine.  Dengar cerita dekat 10 orang yang kena tangkap.  Nilai emas yang dorang bawak keluar RM1 juta lebih.  Aku harap ramai lagi yang akan ikut jejak dorang.  Daripada mengkayakan orang Kanada tokey lombong tu, baik la dicuri je.  Kerajaan negeri pun satu, buat perjanjian dengan company luar pembahagian 70-30, 30% keuntungan je kerajaan negeri punya.    Ikut kata sumber2 yang boleh dipercayai, tahun pertama beroperasi, lombong tu dah balik modal...sekarang ni makan untung je.  Dah bertan-tan emas dorang bawak keluar. Aku harap sangat kerajaan negeri atau company tempatan boleh take over lombong emas tu.  Dulu masa zaman bijih timah, orang luar juga yang untung.

Ok, tu je...nanti la raya aku balik kampung lagi.

2 comments:

  1. perkara (2). akkai kancil sungguh nak bg org felda sakan pinjam meminjam..kot ade yg buat demo suh langsaikan pnjaman mcm demo ptptn ari tu baru tau..

    perkara (4). skang baru tau nape negara malaysia terchenta yg penuh ngan hasil galian dan pelbagai sumber semulajadi tp masih lg harga brg2 galian dan smulajadinye mahal, di smping negara msia tak termasuk dlm kategori negara2 maju..puuuiiii!!!!!!!!!!

    ~pingu ijo

    ReplyDelete
  2. comel nyer pengantin..

    sekarang ni orang memang tengah duk usha orang2 felda kes durian runtuh..

    ReplyDelete