Friday, April 20, 2012

Pinjaman Pelajaran.

Aku ada pinjaman pelajaran.  Aku pinjam dengan JPA.  Masa aku belajar dulu belum ada PTPTN.  Tak banyak yang aku pinjam, 3 ribu je. 

Lepas habis belajar, aku buat-buat tak tahu dengan pinjaman tu. 

Aku abis belajar tahun 2000.  Sekitar 2005, bertalu-talu surat tuntut hutang sampai ke kampung. 
Sekitar 2008, surat kaler putih dah jadi kaler merah. 

Mak pun sound "bayar hutang tu wajib..."
Bila mak dah sound, aku mengalah.  Aku telefon JPA.

"Puan, kalau result CGPA above 3 point ada diskaun kan?" aku tanya ke pegawai JPA.
"Betul encik, kalau CGPA atas 3.0 kena bayar balik 25% je...kalau CGPA 3.5 ke atas tak payah bayar...convert jadi biasiswa" jawab pegawai JPA.
"CGPA saya 3.14, kena bayar 25% je la kan?" tanya aku lagi.
"Betul tu encik...tapi encik kena submit keputusan periksa encik."

Aku congak-congak,  aku kena bayar RM 750 je.  Cantik.  Dengan pantas aku photostat segala result periksa waktu belajar dulu.  Start moto pegi bank, terus ke pejabat JPA di Maju Junction.

Aku bayar RM750 dengan segala salinan keputusan periksa.

"Nampak macam ok...semua subjek lulus, takde repeat paper..nanti kami hubungi encik balik"  kata kerani JPA di Maju Junction.

Aku balik sambil bawak moto muka senyum.

+++

Seminggu kemudian pegawai JPA dari Putrajaya call.

"Maaf encik...encik kena bayar penuh sebab extend satu semester..."

Cilaka betul.  Menyesal tak hantar tesis on time.  Aku extend satu semester pasal tesis tak siap.  Rajin pulak pegawai JPA tu check.

Sampai sekarang aku baru bayar RM1500...kehkeh.

+++

Aku yang hutang 3 ribu pun liat nak bayar, inikan pulak hutang PTPTN berpuluh ribu.  Tapi tak payah la sampai berkhemah di Dataran.  Dah berhutang bayar je la slow-slow, yang buat kecoh tu kenapa?? Heh!!

3 comments:

  1. hutang JPA tak de interest....
    Hutang PTPTN kene caj interest....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. hutang emas boleh dibayar..
    hutang budi dibawa mati..

    (jawa peranakan)

    ReplyDelete
  3. saudara hutang 3K dengan JPA - kami kena RM250K pinjaman boleh ubah untuk ijazah luar negara - logik ka kena bayar balik penuh walaupun takde interest - RM400+ untuk 625 bulan = 52 tahun.
    saya pon CGPA 3.xx tapi ada extend 2 semester - jadi kena bayar penuh.
    - criteria CGPA dan extension tak pernah dimaklum kan dalam perjanjian, cuma disebut sbg boleh ubah
    - tak tau pon detail perbelanjaan dan fee etc dibayar kpd universiti, entah2 tak sampai pon jumlah perjanjian
    JPA nak tolong atau nak bunuh
    - JPA hantar surat collect, lama2 saya start bayar RM200 sebulan tapi lepas tak sampai setahun surat bill JPA tak datang2 lagi, cuma surat warning sampai kat penjamin

    ReplyDelete