Tuesday, January 3, 2012
Semesra History X : Sekolah Dah Start.
Hari ni sesi persekolahan 2012 start. Aku teringat zaman aku naik form 1 dulu, tahun 1988. Ntah macam mana dapat masuk Sek. Men. Sains Raub aka SEMESRA. (Semesra tukar nama ke Semesta tahun 1989). Mungkin pasal result Penilaian Darjah 5 aku best. Padahal aku rasa biasa-biasa je. Time tu aku masih mengharapkan orang tua yg buat keputusan dalam hidup aku, maklumlah masih mumaiyiz. Ikut aje la bila disuruh pergi. Nak masuk MTD or MRSM tak dapat..kehkeh.
Fist day daftar masuk asrama dia punya tahap debar tak boleh nak cakap…sikit lagi nak sama dengan debar masa nak sunat tahun 85…gila babi gelabah. Maklumlah, first time nak berjauhan dengan family. Sebelum ni paling lama berpisah dengan mak, time aku ikut rombongan pegi Melaka masa darjah 6, itu pun 3 hari 2 malam je.
Selesai daftar aku ditempatkan di Blok A (Kejora). Waktu tu nama blok ikut nama planet, Kejora, Zuhal, Musytari dan Marikh. Bilik pulak ikut tingkatan, jadinya bilik aku tu semua budak-budak tingkatan 1 la…20 orang jumlahnya. Selesai mak abah masing-masing balik…maka bermulalah sesi suai kenal antara kami.
Line up bilik tingkatan 1 Kejora 1988 terdiri daripada :
1. Aku
2. Mohd Hazry aka Mat Jimbo (Rawang)
3. Mohd Aizul B. Ahmad aka MABA (Temerloh)
4. Safian Yunus aka Pyan (Damansara)
5. Mohd Fairiz Jaafar (Bentong)
6. Saiful Affendy Sayuti aka Sep (Gombak)
7. Azrin Affendy aka Panjang (Bentong)
8. Isma Saiful Saufi (Kuang)
9. Tan Tze Kea (KL)
10. Mohd Syuhairi Abd. Rashid aka Pulai (Temerloh)
11. Hamizan Abu Hassan aka Daiman (Jengka)
12. Azman aka Chenor (Chenor)
13. Haikal (KL)
14. Mohd Asri Arshad aka Wak Kardem (Teluk Panglima Garang)
15. Mohd Riduan Ali (Jengka)
16. Samsul Kamar Samsudin aka Sam (Raub)
17. Zulkarnain Mohd Zain aka Zulzain (Bentong)
18. Mohd Fadzil Abd Hamid (Kajang)
19. Fansua (Kuantan)
20. Mohd Faizul Ahmad aka Cipot (Ipoh)
21. Azirul Fahmi Mohd Soid aka Toyol (Alor Star)
22. Fazrul Azwan (Tronoh)
Lepas asrama blok C (Musytari) terbakar, 2 orang ni pulak join masuk bilik aku.
23. Riduan Nor Shariff aka Apek (Banting)
24. Adnan Osman aka Tua (Jerantut)
Sepatutnya ada 20 orang aje 1 bilik…ada yang cabut awal, macam Mat Jimbo, Fansua dan Fairiz. Aku dah tak ingat turutannya. Aku syak tekanan perasaan berjauhan dengan family, makan tak sedap…lauk dewan makan macam haram, rindu suasana kampung masing-masing, masalah pijat, wabak kurs, tak tahan tengok senior mandi bogel dan sebagainya menjadi punca mereka ini meninggalkan SEMESRA seawal tingkatan 1.
Tapi yang paling aku ingat masa daftar masuk asrama, bapak Fansua. Memang stylo, rambut panjang, pakai bush jaket lagi. Hantar anak masuk asrama pakai biasa-biasa dah la. Time dia nak repair locker Fansua (locker semua terbarai), dia bukak jaket…sekali ada pistol kat pinggang…aku terus menikus duduk diam-diam atas katil. Gila ada pistol...abah aku paling kuat bawak parang je, tu pun time dia pegi ladang sawit. Apa jadah dia nak bawak time hantar anak masuk asrama...
Tapi Fansua tak lama, lepas kes dia nak bunuh diri cinta tak dibalas, dia terus tukar sekolah. Cilakak betul, baru tingkatan 1 dah bercinta sampai nak bunuh diri…parut sunat pun belum kering!!! Bersusah payah aku pujuk dia jangan terjun dari tingkat 2 asrama tu...alah, kalau terjun pun bukan mati...setakat patah tulang rusuk sebatang dua je.
Lepas tu daftar masuk kelas, aku dapat masuk 1 Sains 4. Semua sekali ada 5 kelas tingkatan 1. Antara line up 1 Sains 4.
1. Aku (Koyan)
2. Saiful Affendy Sayuti aka Sep (Gombak)
3. Mohd Syuhairi Abd. Rashid aka Pulai (Temerloh)
4. Hamizan Abu Hassan aka Daiman (Jengka)
5. Adnan Osman aka Tua (Jerantut)
6. Arwah Tun Murshidin Shah Abd Rahim aka Idin (Kuantan)
7. Norizlan Ismail aka Lan (Selayang)
8. Kamalanathan a/l Muthukrishan aka Nathan (PJ)
9. Kamal Kamaruddin aka Unta (PJ)
10. Rizal Mat Juri aka Ilet (Kajang)
11. Safizal Zabir aka Beduk (Kajang)
12. Dzulkarnain Hardy aka Buaya (PJ)
13. Romy Nasifi Asngari aka Romy (Sabak Bernam)
14. Rahmat Mahput (Kepong)
15. Mohd Ariff Zakaria (Jerantut)
16. Khairudin Shah Aman Shah aka Kudin (KL)
17. Mohd Fadzil Abd Hamid (Kajang)
18. Noren Azman (KL)
19. Siti Hajar Ismail (Klang)
20. Idawati (Kuala Lipis)
21. Nurhema (Cheras)
22. Salina Limat (Rompin)
23. Aslinda Aris (KL)
24. Syilvia Vincent (KL)
25. Erniwati (Klang)
26. Haslinda (KL)
27. Siti Salwani (KL)
28. Kamarul Asri (Jengka)
Alah…dah tak ingat sape lagi…kalau tak silap ada 30 or 32 orang dalam kelas aku. Ntah dari mana kerajaan dapat idea kumpul budak ramai-ramai duduk asrama, lepas tu bagi makan benda tak senonoh. Ikan jaket tu kalau bagi kucing…biru muka kucing nak menelannya.
Sekarang dah 2012, dah 24 thn rupanya waktu itu berlalu…masing-masing dah beranak pinak, dah berkerjaya dan berjaya. Semoga persahabatan terus kekal…nakal yang dulu-dulu tu, kira halal la ye...heh!
++++
Ini entry lama dalam fb...tengah malas nak menulis sekarang ni. Esok kena ke KK lagi...dah malas nak ke sana...heh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
...sekadar mengamit memori...miss good old days...
ReplyDeleteApa kerja bapak Fansua nie sampai boleh ada pistol....?
ReplyDelete:-aLCapone-
teringat ko duk nyanyi ..masa orientasi dpn kejora..kelmarin kau masih bersamaku..bercumbu dan merayu..baru form 1 dah nk bercumbu2..hahaha
ReplyDelete