Aku perati ramai yang komen pasal cerita ni. Ramai yang tengok agaknya. Kutipan tak rasmi setelah ditayangkan selama seminggu bermula 1 Disember itu hari mencecah RM 5.5 juta. Sekarang dah nak masuk sebulan, berapa banyak kutipan dia tak tahulah aku. Baru-baru ni dah ada link nak tengok secara online pulak. Pendek kata, memang padu pukulan Ombak Rindu ni.
Kepada yang belum tengok, ceritanya begini.
Kepada yang belum tengok, ceritanya begini.
Izzah (Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu. Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam.
Di kelab malam, Izzah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dari tauke kelab malam. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah Hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Soalan-soalan di atas semua tak mampu aku jawab. Aku belum tengok lagi kehkehkeh. Tunggu raya nanti ada la tu tayang di tv. Sabar la sikit ye tak...heh!!
No comments:
Post a Comment