Thursday, October 20, 2011

KK, aku ok!!

Kota Kinabalu (KK), Selasa 18 Okt 2011
1130pm.

Usai melahap ketam bakar di pasar Philiphine, aku mencari rokok.  Lepas makan kena rokok baru la proses penghadaman normal bekerja.  Pisau lipat brand Smith&Wesson tersisip kemas di kocek depan Levi's 501.  Berjalan malam di KK yang ramai pendatang, kena selalu waspada.  Langkah aku hayun perlahan.  Menikmati suasana malam bandar KK, melihat riak warga yang bermacam rupa.  Sumandaknya juga agak daring fesyen mereka.

Sekitar Jalan Tun Fuad Stephan, berhampiran hotel Meridien...penjaja-penjaja rokok seludup berkeliaran.  Rokok seludup brand ERA RM2.50 berukar tangan.

"Hati-hati berjalan bang..." ramah peniaga rokok seludup.
"Bah..bah" aku cuba berbahasa Sabah.

Langkah aku hayun ke Kampung Air.  Melintas Jalan Tun Razak dan Jalan Pantai.  Peniaga pasar malam di Kampung Air sedang berkemas untuk pulang.  Berhampiran Maybank ramai tukang-tukang urut menawarkan perkhidmatan.  Mengurut kaki dan belakang.  Ramai juga yang berlenggeng sambil duduk berurut di tepi jalan.

Langkah malas tanpa hala tuju aku teruskan ke belakang Maybank.  Antara blok Maybank dan bangunan sebelah, ada lorong.  5-6 orang gadis remaja berkumpul di situ.  Aku melintasi mereka.

"Cari perempuan ke bang?" tanya gadis berbaju biru.  Aku sekadar senyum.
"Mari la bang..." tambah gadis berbaju kelabu, teteknya besar.
"40 je ringgit bang" yang berbaju pink lebih berani, tangan aku ditariknya.  Aku menoleh.  Muda-muda benar gadis-gadis gedik ini.  Mungkin dalam 16 ke 18 tahun.
"Takpe...takpe" aku menepis lembut tangan si gadis berbaju pink.
"Ala bang...mari la, kami ada bilik" tambah si baju kuning pula.
"Apa tunggu lagi bro...lu kan ada bilik.  Lu angkut 3-4 orang sekali gus pun takpe" kali ini setan pula berkata-kata.

++++

Bilik 112, Hotel Palace
1245am

Seperti malam-malam dulu, aku baring sorang di atas ranjang.  Telatah gadis-gadis gedik tadi kembali menerpa.

"Itu la...tagi gua suruh lu angkut bawak balik bilik lu tak dengar...kan dah menyesal" tiba-tiba setan menjelma.

Pantas aku capai pisau lipat Smith&Wesson dari atas meja kecik sebelah katil.  Bertubi-tubi setan aku tikam. Setan bertukar menjadi asap nipis dan terbang melayang masuk ke lubang jamban.  Tewas.  Aku tersenyum puas.

Heyy KK, aku masih ok!!!

4 comments:

  1. Setan berkata "tak apa zam ali aku kalah kali ini. Tapi ko kena ingat, lain kali mungkin ko pula yg kalah. Kita tunggu di pertarungan selepas ini."

    Moralnya cepat2 balik labuan dan jangan jejak kaki ke kk lagi lepas ni.
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. kk penuh noda dan dosa. hati2 bang zam. jgn tertewas dgn godaan.

    ReplyDelete
  3. iman yang tahan diuji adalah iman yang berkualiti..
    (jawa peranakan)

    ReplyDelete