Wednesday, September 28, 2011

Kita Ada Ibu

Tadi masa kursus ada ceramah motivasi tajuk Kerja Sebagai Ibadah.  Nama penceramah aku lupa. Perserta kursus panggil dia ustaz.  Tapi aku malas nak panggil dia ustaz pasal dia ceramah siap ada video clip lagu Tenda Biru versi lawak Indonesia siap ada red indian perang-perang.  Ada chicken's dance lagi.  Aku terpaksa menari sambil tersipu-sipu...ke laut!!!

Di akhir ceramah, uztaz tu suruh semua peserta pejam mata sambil bayang wajah ibu.  Dia pasang lagu Sudirman "Ayah & Ibu" jadi muzik latar.  Lepas tu dia cerita pasal pengorbanan ibu dari kecik sampai besar.  Ramai yang menangis sambil mata pejam.  Aku tahu pasal aku tak pejam...aku sengih sorang-sorang pandang keliling sambil sibuk buat benda lain.  Aku tulis sajak kat muka depan surat khabar NST pasal takde kertas...kehkeh

"Kita Ada Ibu"

Kita ada ibu
Ibu kita satu
Pesan ibu, beribu-ribu
Buat begini...bukan begitu!

Rajin-rajin sembahyang
agar nanti hidupmu tenang...

Rajin-rajin baca buku
agar jadi orang berilmu...

Hormati orang tua
jangan jadi anak derhaka...

Jangan jadi macam Si Tanggang
Kelak nanti hidupmu malang...

Cari kawan yang perangai elok
Jangan berkawan dengan perokok...

Kita ada ibu
Ibu kita satu
Pesan ibu, beribu-ribu...

    ++++

Bab merokok memang aku fail.  Duduk Labuan rokok murah...celaka betul!!!

2 comments:

  1. Ramai kawan2 gua yg dah berenti merokok start kena bermacam2 penyakit... paling ketara berat badan mereka2 nie mula naik selepas berenti merokok.... lepas tu mula la kolesterol naik, tekanan darah naik dan macam2 benda lagi naik....
    :-aLCapone-

    ReplyDelete
  2. Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setakat 2013 menyatakan bahawa seramai 6 juta penduduk dunia telah berhenti merokok..

    Bukan sebab insaf tengok gambar ngeri di kotak rokok.. Tapi mereka berhenti merokok sebab mati..

    ReplyDelete