Tuesday, January 31, 2012

Siakap Stim Menjadi Penyelamat

Siakap Stim, sekadar gambar hiasan.

Gadis  :  Tak menyesal ke kau lepaskan dia begitu saja?
Teruna :  Aku menggambarkan pasangan yang boleh teman aku selalu...sentiasa ada bila aku perlu...

+++

Aku ingat dialog di atas hanya ada dalam drama atau telenovela alih bahasa.  Rupanya di kedai makan kat Labuan ni pun aku dapat dengar.  Aku yang tengah makan rasa nak terjeluak.  Tapi bila mengenangkan yang bukan selalu makan siakap stim dan harganya boleh tahan mahal, aku tahan rasa nak terjeluak itu.  Berair jugalah bijik mata menahan rasa loya...heh!!

Saturday, January 28, 2012

Happy Birthday Goblog

Goblog dah 2 tahun semalam.  Umur baya-baya ni biasanya comel.  Aku harap Goblog akan terus comel.  Happy birthday Goblog.  Esok birthday aku pulak.  Aku harap aku pun comel juga...kehkeh!!

Thursday, January 26, 2012

Siri ITM Di Hatiku : Encik Miskun Yang Nakal.

Aku daftar masuk ITM Shah Alam Januari 1996. Lepas minggu orientasi di Kolej Delima, aku di tempatkan di Kolej Perindu. Kolej Perindu lebih dikenali sebagai Zoo. Puncanya, kolej ini semua lelaki dan pantang nampak perempuan. Bila nampak perempuan, penghuni kolej Perindu bertukar menjadi siamang, kongkang, monyet, kera dan beruk mat yeh pun ada. Jenis menjerit tak tentu hala. Terkejut beruk lah juga aku bila pertama kali masuk kolej Perindu. Riuh dia bukan main.

Kolej perindu menghimpunkan bermacam rupa anak muda dari seluruh negara. Skinhead, black metal, punk rockers, rappers, grunge, mat tabligh, belia 4B, ahli persilatan, mat rempit. Yang berwajah petak, kepala botak, lengan bertatoo, berbadan sasa, yang lenggok menggoda pun ada. Memang macam-macam rupa dan perangai.

Ini cerita hari pertama di Kolej Perindu. Lepas abis minggu orientasi di Kolej Delima, aku di tempatkan di Kolej Perindu 3. Bilik tingkat bawah, hujung dan agak terpencil.  Memang sesuai sangat untuk tidur bangun lambat sampai tak pergi ke kelas.  Nanti kalau rajin aku cerita lain. 

Lepas kemas-kemas seperti memasang cadar, menghanger baju, memasang sarung bantal, menyusun perkakas bilik mandi dan menyusun sepatu di bawah katil aku pun berasa lapar.  Maklumlah waktu lunch dah tiba.  Mengikut kata teman sebilik, kalau nak makan di dewan makan, kena ada kad makan.  Kad makan perlu diambil di pejabat pengurusan Kolej Perindu.  Ooohh pihak MARA amatlah pemurah orangnya, dengan hanya membayar yuran dalam RM200 ringgit lebih sikit satu semester, pelajar dapat belajar disamping diberi makan percuma 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

"Pegawai yang incas kad makan nama Miskun, pegilah cepat...sempat lagi ni" kata teman sebilik sambil tunjuk jam dah pukul 12 lebih.

Aku pun bergegas ke Pejabat Pengurusan Kolej Perindu.  Keadaan di pejabat agak lengang, mungkin sebab dah nak sampai waktu makan tengahari.  Mata aku terus tertarik kepada seorang lelaki berambut afro, berkumis nipis dan tegap pendek.

"Assalamualaikum encik" aku memulakan agenda nak mintak kad makan sambil buat muka semanis mungkin.
"Waalaikumsalam...nak apa ni?" encik rambut afro jawab stail malas nak layan.
"Saya nak jumpa Encik Miskun...nak mintak kad makan" pantas aku jawab.
"Encik Miskun takde, dia dah keluar...datang lepas lunch nanti" tegas jawapan encik rambut afro.
"Terima kasih.." aku bernada hampa.

Aku pusing badan nak keluar dari pejabat.  Sebelum beredar sempat aku pandang name tagged di dada belah kiri encik rambut afro.  Jelas tertera MISKUN.

Aku keluar, aku tendang pasu bunga besar depan pejabat tu.  Bersepai 3 bijik.  Cilaka, nama sendiri pun nak tipu!!!  Tengahari tu aku makan di Perindu Inn, jenis bayar punya...heh!!

+++

Nota kaki:
- aku tendang pasu bunga besar depan pejabat tu.  Bersepai 3 bijik - aku tipu.
- Perindu Inn - medan makan di belakang Kolej Perindu.

Wednesday, January 18, 2012

Asal Kau Faham, Aku Okey

Ini nak kata sajak ke lirik lagu lantak la.  Cuma satu harapan aku, jangan jatuh ke tangan Eddie Hamid, mendayu-dayu jadinya nanti...tapi kalau Eddie Hamid nak jugak, aku charge 50K, royalti kira lain kehkeh..

Asal Kau Faham, Aku Okey...


aku lelaki biasa biasa
makan nasik dan pulut mangga
cuba nak ada super power
biar kau suka riang ria


kau memang istimewa
walau kita jarang jumpa
harap nanti kita bersama
di dunia dan di syurga


kawan-kawan kata mandi bunga
aku cuma ketawa-ketawa


ada yang suruh jumpa bomoh
aku kata mereka bodoh


sabarlah sabarlah
aku setia di sini
sabarlah sabarlah
datang juga harinya nanti


nanti jumpa kita karaoke
asal kau faham, aku okey
asal kau faham, aku okey yea yea yea...