Ini entry lama dalam fb aku. Waktu kerja di Jabatan Warisan. Idea takde nak tulis apa. Mencari idea ni bukan senang macam cari uban...cilakak, uban dah banyak!!!
++++
Jumaat, 31 Julai 2009
Pulang dari kerja tadi aku bermonorail dari stesen Raja Chulan ke KL Sentral. 5.30 petang, waktu sesak, waktu puncak. Aku yg jarang-jarang alami suasana begitu jadi tak keruan. Mata liar pandang sekeliling melihat riak manusia pulang dari kerja. Waktu nak masuk ke dalam monorail, ada seorang mamat menolak-nolak aku sambil leka berbual guna handphone. Ingin aje aku siku, biar handphone canggih yang digenggamnya jatuh bersepai di atas lantai. Biar dia bermodal separuh bulan gaji sekali lagi buat beli Nokia N series yang bersepai tadi. Tapi, itu cuma niat aku dalam hati. Tak gamak aku nak buat begitu, di saat marhain sibuk bersesak-sesak ingin pulang ke pangkuan famili.
Nyaman penghawa dingin tak terasa dek suasana sendat, padat dan rapat-rapat. Rongga respirasi terhidu hamis peluh yang berbaur dengan tengik wangian murahan para marhain. Mujur gadis manis berkurung merah jambu di depan aku berjaya buat aku terlupa akan suasana kurang enak itu. Sesekali mata mencuri pandang ke arah alur tetek dan peha mulus putih sekumpulan pelancong mat saleh...dan aku tahu ramai lagi golongan lelaki marhain seperti aku berkelakuan begitu...
Pasti aku akan ulangi lagi, walaupun bukan untuk tiap-tiap hari...manalah tahu, aku akan terjumpa lagi dengan si manis berkurung merah jambu. Selamat menjadi marhain!!!
Friday, June 24, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Hari Akademik, Baju Nombor Satu dan Johan Satu Dunia.
Lutfil : Papa kena datang sekolah hari Jumaat ni.
Aku : Ada apa?
Lutfil : Hari Akademik, cikgu nak bagi report card
Aku : Ok, papa datang.
Lutfil : Jangan potong rambut pendek macam hari tu tau...
Aku : Kenapa?
Lutfil : Tak hensem la, nanti Fil malu dengan kawan...
Aku : Ok, papa buat rambut pacak!!!
Lutfil angkat ibu jari tanda best.
++++
Baju nombor satu abah disimpan dalam gerobok dalam bilik tidurnya. Gerobok buruk. Mungkin seusia dengan perkahwinan abah dan mak. Baju kemeja lengan pendek berkain licin.Warna coklat muda bercorak-corak. Baju special untuk acara-acara special. Pergi ke bandar Raub keluarkan duit pencen askar sebulan sekali ataupun ada pembesar negeri melawat kampung, itulah baju yang dipakai abah. Ia tidak mahal, tapi tetap baju istimewa, nombor satu. Baju itu juga yang dipakainya tiap kali ke sekolah mengambil report card aku.
Aku tidak pernah merungut dengan penampilan abah. Hadirnya dia ke sekolah cukup buat hati aku berbunga. Dan dia juga tak pernah pulang hampa. Pencapaian akademik aku waktu sekolah rendah cukup cemerlang. Tiada ucapan tahniah, cukup sekadar dia menggosok-gosok kepala aku dan kami pun pulang. Di atas motosikal berkuasa rendah, aku peluk abah. Dia johan satu dunia.
Monday, June 20, 2011
Antara Tuhan dan Hantu
Ada dua pantang dalam arena tengok tv di rumah aku sekarang. Gusti dan cerita hantu. Memang jangan harap aku nak tengok dan bagi anak-anak tengok. Tambah hati ini tak bekenan bila dua beradik mula bertanyakan perihal hantu kepada aku. Aku dengan yakin menegaskan TIADA HANTU!!! YANG ADA HANYA SETAN!!
Bukan apa, aku tak nak mereka membesar dengan perkara karut marut seperti aku dulu. Ikutkan pengetahuan tentang hantu setan, panjang lebar boleh aku ceritakan…tapi fikiran mereka yang masih mulus tak mahu aku cemar dengan ilmu sebegitu.
Aku membesar dengan siri cerita hantu Bercakap dengan Jin tulisan Tamar Jalis dan siri cerita hantu Tok Awang Ngah. Berseli seminggu sekali dgn cerita-cerita separa lucah Wahid Kasran dalam Utusan Mingguan..cilaka betul. Petua dan pantang larang toksah cerita, macam-macam ada. Tempat tu keras, hutan ni berpenunggu, di sana ada puaka, org itu ada saka, polan tu bela hantu raya, org itu bela toyol, wak itu boleh jadi rimau, makcik itu hari-hari mau…
Hantu susu, hantu paku, hantu tetek, hantu kum-kum, hantu galah, langsuir, penanggal, pontianak, polong. pelesit…lancar aku menyebutnya…cuba suruh sebut 99 nama Tuhan (Asma Al-Husna)…merangkak…Tak cukup dengan nama, sifat hantu juga mampu aku deskripsi…hantu itu panjang, yang itu cantik..hok itu pendek…yang bergolek..yang boleh terbang, yang melayang…cuba suruh sebut 20 sifat Tuhan…er er Ujud…er Kidam er er Baqa’…Mu’alafatuhu..
Dan yang lebih aku kesal, aku lebih takut ditegur oleh Sang Kelembai (boleh jadi batu ikut kata Mastika) dari takutkan teguran Tuhan melalui Quran dan Hadis…dan aku amat yakin, berani sumpah makan satay 6 cucuk, yang aku tak akan ajar 2 beradik itu jampi serapah kalau nak buang air dalam hutan/semak:
“Tok, Nenek…mintak izin…anak cucu tumpang kencing!!!” ntah dari mana jampi bodoh itu muncul. Dangkal akal buat ia jadi tabiat aku bila nak kencing dalam semak waktu kecik dulu sebab takut punai bengkak!!!
Kepada kawan-kawan penggiat media, baik cetak mahupun elektronik…aku mintak tolong hentikan cerita-cerita hantu…Forum Perdana seminggu sekali…cerita hantu hari-hari!!! Takut ramai yang percaya hantu dari Tuhan…
++++
ini entry dalam fb aku dulu...semakin galak cerita hantu sekarang, baik di tv atau pawagam. ke laut ke laut...

Tuesday, June 14, 2011
Rimas
Ada dua benda yang buat aku rimas. Lipas dan mesyuarat. Rimas dengan lipas aku boleh handle. Aku spray aerosol tak pun aku hentam dengan surat khabar gulung. Rimas dengan mesyuarat memang aku tak tahu nak handle macam mana. Celaka betul.
Seboleh mungkin aku mengelak pegi mesyuarat. Sebabnya:
1. Kena berpakaian kemas - pakai kot dengan tie memang champion rimas. Aku ada satu je kot, itupun pinjam dengan Nur Azrin Azrul Azizi dah setahun lebih. Entah-entah dia dah lupa. Kalau dia lupa, aku harap dia halalkan. Susah juga proses hisab di akhirat kelak.
2. Aku jadi bukan diri sendiri tiap kali pegi mesyuarat terutama bila dengan pihak atau agensi lain. Aku bertukar jadi seorang pemuda yang bersopan santun, tekun mendengar, tertib bercakap, kelihatan warak dan menunjuk guna ibu jari. Memang ke laut!!!
3. Menu sama tiap kali meeting. Balik-balik karipap, bee hoon goreng, kuih seri muka, air teh o atau nescafe. Aku ni dah la ada migrain tak boleh minum nescafe. Selera rosak!! Cuba la sekali-sekala bagi mee bandung Muar ke, char kue teaw Sunny Bayan Baru ke...
++++
Baru je kejap tadi aku berjaya mengelak pegi meeting dengan Kementerian Kesihatan. Nasib baik lepas. Aku dah siap-siap dengan soalan wabak e-coli yang melanda Eropah...nak nampak cerdik punya pasal, padahal meeting hal lain. Ke laut ke laut...

Subscribe to:
Posts (Atom)