Thursday, February 24, 2011

Membaca jambatan ilmu...apa kejadahnya??!!!

Aku galakkan anak-anak aku dan anak-anak buah membaca.  Surat khabar umpamanya.  Sering aku tegaskan kepada mereka, baca surat khabar kita akan dapat tahu apa yang berlaku.  Baik dalam mahupun luar negara.  Lagipun surat khabar mudah dan murah.

Tapi itu cerita sebelum insiden ini...

++++

Petang selasa itu hari, balik dari sekolah...Amsyar anak buah aku yang baru darjah 4 baca surat khabar.

Amsyar  :  Lubang dubur tu apa?
Lutfil      :  Bontot laa...
Amsyar  :  Liwat?
Alia        :  Dia macam rogol jugak...tapi lelaki sama lelaki...
Amsyar  :  Hisshhh...

++++

Ilmu jadah apa yang budak-budak ni dapat??? Cuba kasi tahu dengan aku.  Aku nak salahkan sape sekarang???  Wartawan??  Editor surat khabar??? Kerajaan??? Anuar??  Barisan??? Diri sendiri???  Aku rasa nak lari jauh-jauh bawak dorang duduk dalam hutan...boleh tengok babi.

Wednesday, February 9, 2011

For Those About To Rock, We Salute You - AC/DC

Gambar di sebelah ialah adik aku yang paling bongsu. Dia seorang rocker yang tegar. Cara berpakaian dan cara posing dah cukup menggambarkan minatnya dalam bidang rock.  Umur dalam 23 tahun.  Dalam usia begini aku tahu jiwa mudanya ingin bebas.  Ingin ke sana ke mari dengan kawan-kawan.  Ingin usha-usha makwe mana-mana yang patut.  Ingin lepak-lepak sampai dinihari...dan macam-macam lagi keinginan anak muda sebaya dia.

Tapi baru-baru ini adik aku buat keputusan duduk di kampung.  Dia tinggalkan dunia rocknya.  Dia ketepikan kelulusan dalam bidang multimedia.  Dia  ketepikan dulu cita-cita untuk berkerjaya.  Dia buat keputusan untuk jaga abah dan mak.  Abah aku disahkan sakit buah pinggang sejak bulan Oktober itu hari.  Kena buat dialisis 3 kali seminggu.  Setelah bosan duduk di rumah anak-anak, mak dan abah aku buat keputusan nak balik duduk di kampung. 

"Duduk rumah sendiri lebih selesa" kata mak. Dari rumah aku nak ke pusat dialisis di Kuala Lipis dalam 56km.  Abah aku memang dah tak larat nak bawak kereta.  Sekarang tugas menjaga mak dan abah tertanggung di atas bahu si rockers ini.  Aku percaya, tugas menjaga kedua ibu bapa adalah PALING ROCK di alam maya ini!!! Tak ramai yang mampu sebenarnya...

* pernah menganggotai Novelty sebagai pemain bass...Kau Sialan...kehkeh

Thursday, January 27, 2011

Happy Birthday Goblog!!! Hip Hip Horey!!!

Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya Goblog wujud di alam cyber.  Tak ada tujuan khusus tentang kewujudan Goblog.  Sekadar tempat aku cerita-cerita dan mencurah rasa.  Ceritanyanya pulak banyak pasal aku dan perkara-perkara yang berlaku sekitar aku.  Perkara-perkara kecil yang terjadi pada diri.  Takde impak kepada ekonomi.  Jauh sekali mengganggu gugat keselamatan negara.  Kalau nak baca benda-benda berat, Goblog bukan tempatnya...nak makan nasik pun kadang-kadang aku malas, inikan pulak aku nak tulis benda-benda yang kena pikir sampai berkerut dahi...pegi jahanam!!

Selamat hari jadi!!!

Tuesday, January 18, 2011

Don't Judge A Book By It's Cover...

Tadi pagi tengah aku tergopoh-gapah dengan pakai kot dan tie ada sekumpulan kakak-kakak jalan depan aku.  Aku gelar dorang kakak-kakak pasal pakaian dorang memang tak ikut trend semasa.  Masing-masing berbaju kurung jenis tak ikut potongan badan.  Mungkin sebab potongan badan dorang jenis takde potongan.  Tudung pulak jenis macam tudung budak sekolah, bukan jenis tudung Ariani yang keras di dahi lembut di kepala. Masing-masing jenis pergi opis pakai selipar.  Memang tak bergaya langsung.  Di tangan masing-masing menjenjet beg plastik.  Sahih dalam ada nasi lemak, tak pun mee hoon goreng ada telur mata jenis nak makan dalam opis.  Air pulak bancuh sendiri kat opis.  Tipikal pejabat kerajaan waktu pagi. Heh!!!

Sebab aku dalam keadaan tergopoh-gapah, secara auto aku jalan laju-laju.  Aku pun potong belah kanan tanpa beri signal kakak-kakak tadi.  Sambil potong aku terdengar perbualan kakak-kakak tu :

Kakak 1  :  ...tapi saya lebih minat Britney Spears...
Kakak 2  :  Lady Gaga seksi sangat la..

Gampang!!! Aku menyumpah dalam hati.  Dalam hal ni aku salahkan majalah Mangga sama URTV...aku harap KDN boleh revise balik lesen majalah hiburan...heh!!!