Monday, April 26, 2010

Sejarah Melayu


Dalam surat khabar hari ni ada review pasal buku Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu/The Malay Annals versi pelajar selenggaraan  A. Samad Ahmad.  Aku dulu masa form 6 baca buku Sejarah Melayu versi William Shellabear.

Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu/The Malay Annals merupakan satu karya sejarah mengenai kewujudan, kegemilangan dan kejatuhan Kesultanan Melayu.  Dari cerita raja bawah laut, Iskandar Zulkarnain, manusia dari muntah lembu kat bukit Si Guntang, padi berbatang perak berbuah emas, Wan Empuk Wan Malini, dari keturunan muntah lembu inilah bermula susur galur keturunan Parameswara yang membuka Melaka. 

Naskah asalnya ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari serangan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511.  Pada 1528 ia dibawa ke Johor.  Portugis merampas naskah asal pada 1536 semasa menyerang Johor dan membawanya ke Goa.  Naskah itu kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi buku ni, tapi yg paling glamor versi Shellabear.  Dalam pengenalan buku Sejarah Melayu versi Shellabear, Yang DiPertuan Raja DiHilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah Ibni Sultan Abd Jalil Shah telas mengutus Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk suruh Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad (Tun Sri Lanang) untuk menyunting dan menulis kembali naskah asal Sulalatus Salatin pada 13 Mei 1612.

++++

Awal 2010 itu hari opis aku nak buat pameran.  Last minute bos aku suruh pegi ambil naskah asal Sulalatus Salatin tulisan tangan Tun Sri Lanang.  Berbekal sekeping surat bersign bos, aku pegi la ke Dewan Bahasa & Pustaka nak pinjam naskah yang berusia sekitar 408 tahun ni.  Aku membayangkan yang naskah ini dikawal rapi dalam bilik.  Duduk pulak dalam peti besi, ada kamera litar tertutup, pagar elektrik, pastu ada pulak cahaya laser kaler merah yg hanya boleh dilihat kalau kita padam lampu atau guna asap macam cerita cerita org putih.

Sangkaan aku jauh meleset, lepas aku tunjuk surat..bukan main senang aku dapat naskah tulisan tangan Tun Sri Lanang yg dah berumur 408 tahun dalam paper bag je.  Dengan selamba aku bawak paper bag tu berjalan berlenggang ke keluar.  Terpikir jugak nak bawak lari jual ke Muzium London nun...senang-senang aku dapat 3-4 juta pound sterling.  Budak negro dari Togo pandai main bola pun Manchester City sanggup beli 30 juta pound.  Apa la sangat kalau aku mintak 3-4 juta...

Kalau betul-betul sayang sejarah dan warisan bangsa, jaga la elok-elok...kang kalau aku cakap puncanya sebab dari keturunan muntah lembu, marah....heh!!!

mataking & ketam kelapa

Ni satu lagi lokasi menarik kat Sabah,  Pulau Mataking.  Termasuk dalam Taman Laut Tun Sakaran di Laut Sulu.  Aku sampai pulau ni tahun 2005.  Dari Semporna naik bot laju nak sampai ke sini dalam 1 jam.  The Reef Dive Resort satu-satunya operator resort kat pulau ni.  Serius pulau Mataking cantik, dia punya pantai...pergh memang cun tak ingat.  Kalau nak banding dgn pantai Port Dickson...heh, jauh panggang dari api!!!  Belum turun bot aku dah rasa nak terjun laut...dgn airnya yg jernih nampak semua batu karang.  Selam scuba jadi aktiviti utama kat pulau ni...nak lepak-lepak pun orait juga.  Pulaunya bukan besar, dari Pulau Mataking Besar ke Pulau Mataking Kecil boleh jalan kaki je time air surut.  Cerita banyak tak guna.  Tengok gambar gambar ni.   Ada duit lebih pegi la sendiri.  Tak payah mengada nak pegi Maldive, Barbados...Great Barrier Reef...kat Malaysia pun geram geram pulaunya....

Jeti Pulau Mataking.











Belakang resort tu, yg hutan tu sebenarnya pokok bakau...       





























Lagi satu yg uniknya kat Mataking...dalam hutan-hutan kat belakang resort tu ada ketam kelapa, birgus latro.  Spesis antropod terbesar ni boleh ditemui di pulau-pulau dan pantai kawasan Indo-Pasifik.  Menatang ni nokturnal...aktif malam je.  Kalau nak tengok rajin-rajin la merayau time malam kat Pulau Mataking.  Torch light jangan lupa.  Baik-baik nak tengok ketam kelapa. Dia boleh membesar sampai 6 kaki panjang.  Sepit dia pun kuat, boleh kopek kelapa steady je.  Nak tahu lebih-lebih pegi google sendiri. 

Thursday, April 22, 2010

siri lawak fizi : sengal

Kitorang jalan jalan kat area bangunan warna merah kat Banda Hilir, Melaka.  Fizi siap bawak buku nota kecik.  Geram juga kadang-kadang gua tengok perangai Si Fizi ni.

Fizi  :  macam mana nak eja Stadhyus?
Gua :  S. E. N. G. A. L...
Fizi  :  S. E. N. G....eh...macam lain je...???

Gua tetawa kaw kaw sampai berair bijik mata.  Fizi cubit cubit gua.  Kiut kan???

Monday, April 19, 2010

siri lawak fizi : pipit vs enggang

gua  :  lu ada makwe?
fizi  :  ada...
gua :  makwe lu keje mana?
fizi  :  akauntan kat Petronas KLCC
gua :  bila nak langsung?
fizi  :  gua ajak bertunang, tapi mak makwe gua tak bagi lagi...
gua :  kenapa?
fizi  : gua pipit...diorang enggang!!

Gua sebak.  Tapi dalam sebak, gua bantai gelak...borak-borak kosong dengan gua tak payah la pakai perumpamaan!!!