Saturday, December 31, 2011

Semesra History X : 1990 Yang Power!!



Hasil tak boleh tido, aku terjumpa gambar tahun 1990.  Masa form 3.  Gambar ni masa prep malam.  Lepas prep, lari laju-laju pegi dewan makan berebut biskut.  Power time ni.  Memang power.  Tengok kasut la brader...Power tu kan??

Steady je aku pakai t-shirt Milo...memang power!!

Ombak Rindu

Fail:PosterfilemOmbakRindu01.jpg

Aku perati ramai yang komen pasal cerita ni.  Ramai yang tengok agaknya.  Kutipan tak rasmi setelah ditayangkan selama seminggu bermula 1 Disember itu hari mencecah RM 5.5 juta.  Sekarang dah nak masuk sebulan, berapa banyak kutipan dia tak tahulah aku. Baru-baru ni dah ada link nak tengok secara online pulak.  Pendek kata, memang padu pukulan Ombak Rindu ni.

Kepada yang belum tengok, ceritanya begini.

Izzah (Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu.  Taha,  mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.  Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam.

Di kelab malam, Izzah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dari tauke kelab malam. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah Hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Soalan-soalan di atas semua tak mampu aku jawab.  Aku belum tengok lagi kehkehkeh.  Tunggu raya nanti ada la tu tayang di tv.  Sabar la sikit ye tak...heh!!


Thursday, December 29, 2011

Cucu

Apa tengok-tengok?
Ini Syahirah.  Anak buah aku yang paling bongsu.  Cucu abah aku yang nombor 17.  Aku harap aku pun ada cucu satu hari nanti.  Aku juga harap cucu-cucu aku nanti sempat bermanja dengan aku.  Tak macam aku dulu, tak sempat jumpa dengan atuk.  Masa aku lahir dulu, atuk aku dua-dua dah meninggal.  Aku tak pernah rasa kena cium dengan atuk.  Tengok abah aku cium cucu-cucunya masa raya, bukan main seronok rasanya. 

Monday, December 26, 2011

Stokin Merah Jambu

Membasuh guna mesin basuh, ada juga dia punya cilaka.  Stokin Adidas putih, alih-alih jadi merah jambu.  Setan betul.  Takkan aku nak pakai stokin warna merah jambu.  Bersifat kewanitaan la nokkk!!!

Tuesday, December 20, 2011

Berborak dengan Lutfil

Semalam masa aku tengok video di Youtube pasal Adam Adli (budak yang turunkan bendera PM di PWTC).  Lutfil datang baring di sebelah.

Lutfil     :  Nanti kalau Lutfil ada anak, nak letak nama Adam Daniel.
Aku      :  Kenapa Adam Daniel?
Lutfil     :  Baru la macam Adam Lambert...

Bab Lutfil berangan nak ada anak, aku sokong 100 peratus walaupun baru nak masuk darjah 6.  Itu menunjukkan dia normal.  Bab Adam Lambert aku geleng kepala banyak kali tanda tak setuju.  Adam Lambert gay!!!

Thursday, December 15, 2011

Pulau Banggi

Aku pegi Pulau Banggi, Kudat, Sabah tahun 2004 rasanya.  Pulau Banggi pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit.  Situ ada Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rumah Rehat, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk.  Anggaran keseluruhan penduduk Pulau Banggi cuma 20,000 orang.
 
Fail:Sabah map.jpg
Pulau Banggi atas sekali.
Aku duduk rumah rehat di Pekan Kerakit.  Mandi air perigi.  Masa aku pegi dulu, Pulau Banggi memang ketinggalan dari segi pembangunan.  Aku harap sangat Pulau Banggi kekal begitu...tenang.
 
Aku sempat berborak dengan seorang brader polis di Pulau Banggi.
 
"Dah 6 bulan aku kerja sini, boring betul!!  Baru ada 2 kes...itu pun kes hilang ic..." brader polis mengeluh. Dia pakai t-shirt hitam, seluar jean lipat paras lutut, selipar jepun sambil galas M16 duduk termenung di jeti Karakit.  Mulanya aku ingatkan lanun. 

_MG_0030
Rumah tradisional masyarakat Bonggi

Brader Bonggi

Macam sekolah cerita Laskar Pelangi.
Masa aku pergi dulu, aku tak jumpa kereta di Pulau Banggi.  Dengar cerita, sekolah dia semua pakai solar.  Air paip pun tak ada.  Terbaru aku dengar, FELCRA dah masuk Pulau Banggi...tanam getah besar-besaran.  Aku geleng kepala 5 kali tanda tak patut...heh!!!

Tuesday, December 13, 2011

Macam Baru Semalam

Dah 2 malam Alia dan Lutfil ada di Labuan.  Dah 2 malam juga aku tengok diorang tido.  Dah besar...

Macam baru semalam aku qamat di telinga Alia
Macam baru semalam aku azan di telinga Lutfil

Macam baru semalam aku gelabah mencari klinik pagi-pagi
Macam baru semalam aku menggelupur tengahari di menara berkembar tertinggi

Macam baru semalam aku menanam uri
Macam baru semalam aku memilih baju baby

Macam baru semalam aku di klinik bersalin An Nur
Macam baru semalam dari KLCC ke Shah Alam aku pecut laju bawak motor

Macam baru semalam mereka tumbuh gigi
Macam baru semalam mereka pandai berdiri

Macam baru semalam...